Hari baru, kontroversi baru. Kini, ramai gamer di seluruh dunia sedang marah dengan langganan GTA+ yang baru-baru ini diumumkan oleh Rockstar Games. Langganan ini tersedia secara eksklusif hanya untuk pemilik PS5 dan Xbox Series X yang mempunyai GTA Online dan memberi akses kepada banyak “faedah”.
Bernilai sebanyak $5.99 (sekitar RM 25.24) setiap, pembeli GTA+ akan mendapat $500k ‘in-game money’ dan akses kepada rumah baru, kenderaan dan item-item lain. Barang di atas sebenarnya tersedia untuk semua orang, tetapi langganan GTA+ menawarkan ‘shortcut’ untuk pemain baru atau bagi mereka yang malas grinding.
Sebaik sahaja Rockstar membuat pengumuman ini, ramai peminat mula mengamuk dan mula meluahkan perasaan kecewa mereka di Twitter. Sesetengah pemain bimbang bahawa Rockstar akan menggunakan GTA+ untuk mengehadkan content pada masa hadapan. Ini bermaksud; “Bayar dulu, baru boleh main”. Oleh sebab kemungkinan ini, ramai peminat mula marah dengan Rockstar dan cara mereka menggunakan Grand Theft Auto V sebagai alat untuk membuat duit.
Langganan GTA+ tidaklah wajib dan adalah sepenuhnya optional, tetapi saya faham kenapa ramai bimbang selepas melihat cara Rockstar Games mendukung francais ini ke masa akan datang.
Rockstar Games telah terlibat dalam banyak kontroversi sejak lepas tahun; antaranya adalah pelancaran GTA Trilogy yang gagal, harga GTA 5 Remastered yang mahal, dan banyak lagi. Pada masa yang sama, Rockstar juga mengesahkan bahawa mereka sedang mengusahakan game Grand Theft Auto seterusnya , tetapi kini lebih ramai orang bimbang bahawa masa depan GTA akan menjadi kabur kerana konsep mikrotransaksi dan ‘developer yang mahu untung’.
Apa pendapat korang tentang kes ini? Jom kongsi pendapat bersama saya di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang GTA, sila tekan pautan ini.
Sumber: Rockstar Games
@gamersantaimy
Discussion about this post