Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Game Anime Shooter “Strinova” Kini Ada Di Steam Secara Free-To-Play!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 22, 2024
in Anime, Artikel, Berita, Epic Store, Microsoft, PC, Shooter, Steam
0 0
0
Game Anime Shooter “Strinova” Kini Ada Di Steam Secara Free-To-Play!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas kejayaan besar semasa ujian beta tertutup pada Steam Next Fest Oktober lalu, iDreamSky kini secara rasmi melancarkan Strinova untuk PC (Steam, Epic Games Store) pada 22 November.

Game “third-person tactical shooter” kompetitif yang berinspirasikan anime ini menjanjikan pengalaman baharu dengan gabungan mekanik gameplay 2D dan 3D, menjadikannya sesuatu yang unik untuk pemain.

Dalam dunia Strinova, manusia telah memasuki era kegemilangan baharu dengan berpindah ke alam multi-dimensi misteri yang dinamakan Strinova. Namun, keadaan di sana jauh daripada harmoni. Faksi-faksi berkuasa dengan ideologi yang bertentangan telah muncul, mencetuskan konflik sengit untuk merebut kristal tenaga yang mampu menentukan masa depan alam ini.

Keunikan Strinova terletak pada mekanik inovatifnya, “Stringification,” yang membolehkan pemain bertukar antara bentuk 3D dan 2D. Transformasi ini bukan sekadar hiasan tetapi mengubah sepenuhnya cara pemain berinteraksi dengan dunia game.

Kredit: iDreamSky

Dalam bentuk 2D, pemain dapat mengelak serangan musuh, memanjat permukaan, menemui laluan tersembunyi, dan meluncur dengan pantas di atas peta. Mekanik ini membuka pelbagai peluang taktikal, mencabar pemain untuk berfikir di luar kebiasaan.

Strinova hadir dengan pelbagai kandungan menarik untuk dinikmati sejak awal. Lima game mode disediakan, termasuk pilihan popular seperti Demolition dan Team Deathmatch, yang sesuai untuk pelbagai gaya bermain.

Kredit: iDreamSky

14 peta yang direka dengan teliti menjadi medan pertempuran yang memberikan peluang strategik kepada pemain. Di samping itu, pemain boleh memilih daripada 15 watak unik, atau “Superstring,” yang setiap satunya mempunyai kemahiran dan senjata tersendiri.

Walaupun kandungan semasa pelancaran sudah cukup menarik, iDreamSky merancang untuk terus mengembangkan Strinova. Watak, peta, dan game mode baharu akan diperkenalkan melalui kemas kini bermusim, memastikan game ini sentiasa segar dan mencabar untuk para pemain.

Kredit: iDreamSky

Bagi mereka yang bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu, Strinova kini tersedia untuk PC melalui Steam dan Epic Games Store secara percuma.

Tags: Strinova
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Dynasty Warriors: Origins – Gameplay Lagi Mencabar, Bukan Bantai Musuh Semata-Mata!

Next Post

Visions of Mana ‘Game Trial’ Kini Tersedia Bersama Diskaun 25%!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Visions of Mana ‘Game Trial’ Kini Tersedia Bersama Diskaun 25%!

Visions of Mana 'Game Trial' Kini Tersedia Bersama Diskaun 25%!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd