Tarikh pelancaran untuk “007 First Light,” game yang mengisahkan permulaan karier James Bond oleh IO Interactive, telah dianjakkan selama dua bulan. Syarikat tersebut mengumumkan hari ini bahawa game itu bakal menemui peminat pada 27 Mei 2026, dan bukannya pada 27 Mac seperti yang dirancang sebelum ini.
Game ini akan tersedia untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X|S, Switch 2, serta PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.
Menerusi kenyataan rasmi, syarikat menjelaskan bahawa keputusan penangguhan itu dibuat bagi memberi lebih masa untuk kerja-kerja penambahbaikan, sekali gus memastikan produk akhir yang dihasilkan memenuhi tahap kualiti yang diharapkan.

Pihak studio turut memberi jaminan bahawa game tersebut kini sudah boleh dimainkan dari mula hingga akhir.
“Tempoh tambahan selama dua bulan ini akan kami manfaatkan sepenuhnya untuk menggilap dan menyempurnakan lagi pengalaman game ini, bagi memastikan kami dapat melancarkan versi yang paling terbaik,” menurut kenyataan itu lagi. “Kami amat yakin langkah ini akan menjamin kejayaan jangka panjang untuk ‘007 First Light’.”

“007 First Light,” yang sebelum ini diperkenalkan dengan nama “Project 007,” akan menampilkan jalan cerita yang seratus-peratus asli dan tidak terikat dengan mana-mana filem atau novel sedia ada.
Ia akan meneroka hari-hari awal ejen rahsia ikonik itu, menampilkan seorang rekrut muda yang bijak dan kadangkala melulu dalam misi yang akan melayakkannya mendapat status “00” yang legenda.

IO Interactive, yang cukup terkenal menerusi siri game Hitman, menggunakan kepakaran mereka dalam genre stealth-action untuk menghasilkan sebuah pengembaraan Bond yang definitif, walaupun ada laporan awal yang menyatakan pengalaman yang ditawarkan adalah “jauh lebih hebat berbanding Hitman,” dengan menjanjikan lebih banyak elemen aksi.
Jangkaan terhadap game ini semakin tinggiberikutan tayangan trailer terbaharunya di The Game Awards 2025. Trailer tersebut membuat pendedahan bahawa pemuzik dan pelakon terkenal, Lenny Kravitz, akan membawa salah satu watak penjahat utama dalam game itu yang dikenali sebagai Bawma.









Discussion about this post