Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

G.I. Joe: Snake Eyes akan ditayangkan Oktober 2020 ini dan watak utamanya adalah Henry Golding!

Serta logo filem ini turut ditonjolkan!

Nyny.A by Nyny.A
January 13, 2020
in Acara, Artikel, Berita, Filem, Movie/siri
0 0
0
G.I. Joe: Snake Eyes akan ditayangkan Oktober 2020 ini dan watak utamanya adalah Henry Golding!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah beberapa tahun menyepi dengan francais filemnya G.I Joe dan yang terakhir adalah tayangan filem G.I. Joe: Retaliation pada tahun 2013 yang dibintangi oleh The Rock, Bruce Willis sebagai watak utama dan Ray Park sebagai Snake Eyes, kini filem yang ke-3 bakal ditayangkan oleh Paramount Pictures untuk meneruskan siri ini dengan penuh aksi dan ianya merupakan cerita asal disebalik assasin – Snake Eyes!

Minggu lalu, para pelakon dan krew untuk G.I Joe: Snake Eyes mempromosikan acara filem ini untuk memulakan produksi aksi triler tahun 2020 ini yang kemungkinan besar diadaptasi dari Snake Eyes: G.I. Joe Origins. Dalam acara tersebut mereka memperkenalkan logo yang sangat menarik untuk filem ini, serta yang lebih menjadi perhatian adalah watak utama yang akan membintangi watak Snake Eyes adalah pelakon berasal dari Sarawak, Malaysia yang juga berlakon dalam filem Last Christmas dan Crazy Rich Asians, yang dimaksudkan adalah Henry Golding!!!

Henry Golding di Hie-Jinja Shrine (Gambar dari Christopher Jue/Getty Images untuk Paramount Pictures)

Filem G.I Joe: Snake Eyes yang diarah oleh pembikin filem dari German iaitu Robert Schewentke ini akan ditayangkan 15 Oktober 2020. Robert juga merupakan seorang yang berpengalaman dalam filem aksi dan pernah terbabit dalam filem seperti RED dimana pelakonya seperti Bruce Willis, Helen Mirren dan Morgan Freeman. Jadi sudah semestinya filem ini akan menjadi suatu generasi yang menarik perhatian peminat!

Snake Eyes merupakan salah satu watak yang paling menarik dalam francais G.I Joe. Dengan memori disebalik kehidupanya dan tinggal di kawasan gunung bersalji, sudah semestinya ramai yang tidak sabar dengan kisah filemnya tersendiri!

(Gambar dari Christopher Jue/Getty Images untuk Paramount Pictures)

Filem dari Paramount Picture, Metro-Goldwyn-Mayer Pictures dan Skydance serta kolaborasi bersama Hasbro ini juga dilakonkan oleh beberapa pelakon juga disebalik Henry Golding seperti Andrew Koji, Samara Weaving, Úrsula Corberó, Haruka Abe, Iko Uwais, Takehiro Hira.

TOKYO, JAPAN – 10 Januari: (Kiri ke kanan) Penerbit eksekutif Jeff Waxman, Kenji Tanigaki, Takehiro Hira, Haruka Abe, Henry Golding, Andrew Koji, Pengarah Robert Schwentke dan Penerbit eksekutif Erik Howsam untuk pelancaran Snake Eyes di Hie-Jinja Shrine (Gambar dari Christopher Jue/Getty Images untuk Paramount Pictures)

Jadi jangan lupa kunci tarikh anda untuk filem yang dinantikan ini Oktober nanti! Pasti menariklah bila hero tempatan kita sekali lagi mengungguli filem antarabangsa!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: filemG.I JoeG.I Joe: Snake EyesHenry Goldingparamount pictureSnake EyesSnake Eyes: G.I. Joe Origins
Previous Post

Peminat tegar ULTRAMAN! Inilah masa anda untuk Pra-daftar game terbaru ULTRAMAN: BE ULTRA!

Next Post

RM410,000 bakal direbut! Liga Professional Mobile Legends: Bang Bang kini kembali di Malaysia dan Singapura!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
RM410,000 bakal direbut! Liga Professional Mobile Legends: Bang Bang kini kembali di Malaysia dan Singapura!

RM410,000 bakal direbut! Liga Professional Mobile Legends: Bang Bang kini kembali di Malaysia dan Singapura!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd