Para pemain permainan MOBA terkenal iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB)! Sekali lagi anda diseru untuk bersama pasukan anda untuk menyertai Liga Professional MLBB yang kini kembali di Malaysia dan Singapura untuk musim ke-5! Hadiah berjumlah AS$100,000 (anggaran RM410,000) bakal direbutkan kali ini!
Pertarungan terbesar Singapore dan Malaysia MLBB telah kembali! MPL-MY/SG Season 5 kembali dengan pelbagai aksi dan drama untuk penonton. Sudah tiba masanya untuk mencucuh semangat! 🤜🤛Teruskan bersama kami untuk maklumat lebih lanjut. Cara mendaftar akan diberitahu tak lama lagi! 🙌#MPLMYSGS5 #MLBB #MobileLegends #MLBBEsports #MPL #MobileEsports #Malaysia #Singapore #ignitethepassion
Posted by Mobile Legends: Bang Bang on Saturday, 4 January 2020
Pada pemain yang masih tidak tahu, Liga Professional MLBB MY/SG (MPL- MY/SG) Musim ke-5 ini merupakan liga esports utama permainan MOBA ini di Malaysia dan Singapura. Liga ini akan bermula dengan pusingan kelayakan dalam talian dan diikuti pula dengan acara Playoffs dan disitu 8 pasukan terakhir akan berentap untuk merebut kolam hadiah berjumlah US$100,000 (anggaran RM410,000)! Setiap perlawanan akan disiarkan secara lansung di Facebook dan YouTube MLBB dan MPL-MY/SG musim ke-5 ini adalah dari Moonton dan dianjurkan oleh eGG Network.
Jadi ini adalah peluang anda bersama rakan-rakan anda mendaftar untuk peringkat kelayakan acara kejohanan ini bermula 20 Januari hingga 2 Februari 2020! Pilih pasukan anda yang terbaik sekarang dan daftar di borang rasmi yang akan dikongsikan secara rasmi di halaman Facebook rasmi MLBB!
Pusingan kelayakan
Seperti musim lalu, terdapat dua pusingan kelayakan secara berasingan diantara Malaysia dan Singapura. Pusingan kelayakan bagi Malaysia bermula 7 hingga 9 Februari 2020, manakala pusingan kelayakan Singapura pula dari 15 hingga 16 Februari 2020. Dua pasukan dari Malaysia dan Satu pasukan dari Singapura yang mendahului peringkat kelayakkan akan maju ke acara pertandingan Musim Liga.
Musim Liga
Musim Liga yang akan menggunakan format ‘Round Robin’ akan bermula pada 29 Februari 2020 selama 6 minggu dan kita bakal menyaksikan semula 7 pasukan yang dapat melayakkan diri secara lansung dari MPL MY/SG musim ke-4 Playoffs lalu. Pasukan tersebut adalah 4 dari Malaysia dan 3 dari Singapura.
Kemaskini buku panduan musim ini akan membolehkan kemasukan terus kepada pasukan yang telah layak selagi mereka mengekalkan 50% daripada senarai mereka (3 daripada 6 pemain). Kemaskini baru ini mengambil pendekatan yang lebih santai berbanding dengan musim sebelumnya di mana pasukan terpaksa mengekalkan 60% jadual mereka (4 daripada 6 pemain) untuk dijemput secara langsung.
Musim Liga ini akan terus menggunakan sistem mata perbezaan seperti yang diperkenalkan dalam musim ke-4. Pasukan yang disenaraikan melalui jumlah pertandingan ‘best-of-three’ yang dimenangi. Andai kata keputusan adalah seri, perbezaan mata menang kalah akan dipertimbangkan dahulu (bilangan permainan yang dimenangi tolak bilangan permainan yang kalah). Andai kata makin tinggi bilangan pembezaan, mereka lah yang layak ditempatkan dalam carta kedudukan. 8 pasukan teratas dari Musim Liga akan bersaing kelah dalam Musim ke-5 Playoffs yang akan berlansung pada 18 dan 19 April 2020.
Jadianda semua jangan terlepas segala maklumat yang akan dikongsikan di Facebook MLBB!
@gamersantaimy
Discussion about this post