FV x SEA MAJOR 2018 MALAYSIA merupakan sebahagian dari Beast Community. Ia juga merupakan acara rasmi untuk CPT Ranking dan TWT Challanger untuk benua Asia. Ianya berlangsung pada Julai 14 dan 15 di Battle Arena Malaysia. Jadi, korang nak tahu game apa yang ada untuk FV x SEA MAJOR 2018 MALAYSIA ni? Jom, teruskan bacaan korang kerana banyak lagi perkara menarik yang korang akan tahu.
Bila nampak FV ataupun nama penuhnya Flash Vision, kepada mereka yang sering join tournament untuk Street Fighter V dengan Tekken 7 mesti tahu FV ni. Mereka banyak mengadakan pertandingan berasaskan Arcade Fighting game. Jadi, untuk FV x SEA MAJOR 2018 MALAYSIA akan ada banyak game yang dipertandingkan, dan kebanyakannya adalah Fighting games.
Jadi, kepada mereka yang inginkan info dan keterangan lanjut, korang boleh lah layari ke website rasmi FV x SEA MAJOR 2018 untuk pendaftaran dan juga rules untuk game tersebut. Aku ulang lagi sekali, bertarikh Julai 14 dan 15 dan bertempat di Battle Arena Malaysia! Jom, kepada pemain games fighting, tunjuk bakat korang!!!!
@gamersantaimy
Discussion about this post