Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Forza Motorsport akan dilancarkan pada tahun 2023 untuk Xbox dan PC

safwan by safwan
June 13, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, PC, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Forza Motorsport akan dilancarkan pada tahun 2023 untuk Xbox dan PC
Share on FacebookShare on Twitter

Seiring dengan acara Xbox & Bethesda Game Showcase baru-baru ini, Microsoft mengumumkan game ke-8 dalam francais Forza Motorsport yang dijadualkan akan keluar pada suku pertama 2023 di Xbox One, Xbox Series X|S dan PC. Ia juga akan tersedia di PC Game Pass dan Xbox Cloud Gaming selepas ia dilancarkan.

Sebelum ini, Forza Motorsport telah diumumkan dalam acara yang sama pada tahun 2020 dan tidak banyak maklumat yang didedahkan ketika itu. Walaupun ia merupakan keluaran ke-8 dalam francais Forza Motorsport, tajuk game tersebut tidak dihadirkan dengan nombor siri seperti francais Forza Horizon. Namun, Turn 10 mengesahkan bahawa game ini akan dikenali sebagai Forza Motorsport sahaja kerana mereka ingin mengemas kini gameplay bermula pada tajuk game.

Dalam video gameplay yang ditayangkan semalam, game ini dihadirkan dengan ciri real-time ray-tracing buat kali pertama yang membuatkan ia nampak lebih realistik. Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan sistem dynamic time-of-day bagi menghidupkan litar dengan butiran yang hebat.

Tidak sah kalau game ini tidak menampilkan grafik yang cukup canggih dan cantik. Jadi, Turn 10 Studio menggunakan advance rendering dan teknik procedural generation yang akan menampakkan lagi Maple Valley dengan lebih terperinci.

Forza Motorsport 2023

Bagi sesiapa yang tidak tahu, siri Forza telah dibagikan kepada dua iaitu Forza Motorsport yang memfokuskan perlumbaan track-based manakala Forza Horizon membenarkan pemain meneroka dan berlumba dalam open-world. Ini merupakan game pertama dalam francais Motorsport selepas lima tahun mengeluarkan Forza Motorsport 7 manakala Horizon telah mengeluarkan dua game iaitu Forza Horizon 4 dan 5.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa Forza Motorsport akan dikeluarkan pada suku pertama 2023 di Xbox One, Xbox Series X|S dan PC serta akan tersedia di PC Game Pass dan Xbox Cloud Gaming. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime teknologi dan banyak lagi dari kami.

Tags: Forza Motorsport
Previous Post

Studio OLM Asia di Malaysia terlibat dalam produksi PV terbaru Hololive Alternative!

Next Post

Interview next@acer bersama Jerry Kao, James K. Lin & Jane Hsu – Kemajuan teknologi pada masa depan

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Interview next@acer bersama Jerry Kao, James K. Lin & Jane Hsu – Kemajuan teknologi pada masa depan

Interview next@acer bersama Jerry Kao, James K. Lin & Jane Hsu – Kemajuan teknologi pada masa depan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd