Fuhhh~ Betul ke apa yang aku baca ni, Fortnite Battle Royale nak masuk mobile ni? Macam tak percaya jek. Isshhhh, nak tahu lebih lanjut, jom aku kupaskan lagi dalam entri ni.
Kat sini ada siapa-siapa kaki main Rules of Survival tak? Yang main Free Fire ke? kalau korang main, korang memang kene cuba Fortnite Battle Royale ni. Game ni semakin hampir untuk mengalahkan PUBG. Dengar cakap takda apa apa perubahan apa-apa pon bila mereka port out ke mobile.
Map Yang sama, content yang sama, gameplay yang sama, dan juga update yang sama. Dengar cerita yang diaorang benarkan Cross-Play diantara platform? Betul ke? Sebab kalau betul, memang best ah sebab korang tak perlu untuk mencari kawan yang spesifik di Platform apa. Main je walaupon kawan korang ada Fortnite dekat PC.
Bermula pada hari Isnin 12 Mac 2018, korang da boleh mula membuat pendaftaran untuk mendapatkan jemputan untuk iOS. Lepas korang dapat jemputan tu, Epic Games akan mula menghantar email dan download link untuk korang download game tu. Kalau korang tak dapat jemputan tu, jangan risau, Epic Games cuba untuk menambah Pemain setiap bulan. Korang boleh daftar di sini.
Untuk bermain, korang kena ada talian yang kuat, juga sekurang-kurangya iOS 11.
Nah, sedikit trailer macam mana gameplay game ni. Layan.
@gamersantaimy
Discussion about this post