Alright gais, untuk entri pertama aku hari ni, aku nak cerita sikit pasal game Fortnite : Battle Royale. Macam biasa lah, lepas subuh, sebelum pergi keje tu, kita scroll Youtube dulu, then, aku ternampak satu update yang tengah on the way untuk Fortnite player. Nak tahu lebih lanjut? Moh, ikot aku dalam entri ni.
Hah, dah tengok gambar kan? Ini merupakan satu perkara yang bagus bagi korang peminat yang suka akan bermain Fortnite : Battle Royale. Kalau tak silap, akhir tahun lepas diorang ada keluar kan satu Mode 50 vs 50 untuk masa yang terhad. Mana nak cari lagi 49 member weh?
Jadi, kali ni Epic Games bawak lagi content yang menarik, iaitu 20 vs 20, tapi untuk masa yang terhad je la. memang terbakar ah server kalau Epic Games buat Mode ni jadi unlimited kan. Mode ni akan keluar pada hari ni, Khamis, 8 Mac 2018.
Korang hype tak dengan update ni? Bagi aku, update kali ni adalah untuk tarik lagi gamer untuk main game Fortnite : Battle Royale ni. Selain itu, update kali ni diorang buat pada masa yang tepat sebab banyak Twitch Streamer sekarang yang main game Fortnite : Battle Royale ni. Apa pandangan korang? Jangan lupa tinggalkan komen korang dekat entri ni tau. Lupa pulak, nah, pergi ke official website diorang, kalau korang nak cuba main game ni.
Nah, aku suap sikit video untuk update baru ni.
@gamersantaimy
Discussion about this post