Bleach: Thousand-Year Blood War telah mencapai klimaks untuk perang besar pertama antara Shinigami dan Quincy, di mana episod terbaru anime telah mendedahkan bagaimana Aizen Sosuke, secara tidak langsung, telah menyelamatkan Kurosaki Ichigo dan seluruh Soul Society.
Inilah rumusan Bleach TYBW episod 7! AMARAN SPOILER!

Pencerobohan askar Quincy di Soul Society terbukti sangat berjaya dengan kelebihan abiliti mencuri “Bankai”. Setiap Kapten sedar betapa kuatnya setiap askar elit Quincy sehingga Kapten Komander seluruh Gotei 13, Yamamoto Genryusai Shigekuni, terpaksa turun ke medan perang untuk menghadapi Raja Quincy, Yhwach.
Malangnya, kuasa Yamamoto pun tidak cukup dan dia tertewas lalu dibunuh oleh Yhwach.

Rupanya, matlamat sebenar Yhwach menceroboh Soul Society adalah untuk bercakap dengan Aizen supaya dapat merekrut penjahat tersebut ke Wandenreich. Semua ini berlaku semasa Yamamoto berlawan Yhwach palsu di mana versi sebenarnya melawat Aizen yang terkurung di markas First Division. Walaupun tawaran ini nampak bagus, Aizen tetap menolak dan Yhawch, tanpa perlu banyak cakap, telah beredar.
Apa yang kita tidak tahu adalah Aizen sebenarnya berjaya melakukan sesuatu tanpa disedari oleh Yhwach.

Di masa kini, kita dapat melihat seluruh askar Quincy menghancurkan Soul Society, sambil membunuh Shinigami yang masih hidup. Semasa melihat Soul Society terbakar dan runtuh di sekelilingnya, Yhwach mengisytiharkan bahawa zaman Shinigami sudah “tamat”.
Pada masa yang sama, Ichigo menemui Kuchiki Byakuya, Kapten Divisyen 6 yang berada dalam keadaan hampir mati selepas pertarungannya dengan As Nodt. Tahu dia tidak mempunyai banyak masa lagi, Byakuya mengakui dia tidak dapat menghentikan askar Quincy yang menceroboh Soul Society dan mengaku keputusannya telah mengakibatkan banyak kematian dan kesedihan. Sambil menitiskan air mata, Byakuya merayu kepada Ichigo untuk melindungi Soul Society.

Ichigo terus mara ke Yhwach.
Maka, bermulalah pertarungan Ichigo dan Yhwach, tetapi jelas sekali terdapat jurang kuasa yang besar antara mereka berdua. Pada satu tahap, leher Ichigo ditusuk oleh Pedang Reishi tetapi dia masih hidup berkat abiliti Blut Vene (abiliti hanya Quincy sahaja ada) yang membuatkan Raja Quincy mempersoalkan asal-usulnya. Di hujung pertarungan, antagonis itu memberitahu Ichigo bahawa dia tidak tahu kisah sebenar tentang dirinya atau ibunya sendiri, yang menyebabkan Ichigo mengingati Kurosaki Masaki.

Walaupun Ichigo dapat bertahan hingga ke penghujung, pertarungan ini mungkin boleh berakhir dengan lebih teruk sekiranya Aizen tidak membantu. Semasa Yhwach bercakap dengan Aizen, nampaknya Aizen berjaya mempengaruhi derianya.
Walaupun menegaskan mereka sepatutnya mempunyai masa yang cukup, Yhwach akhirnya sedar bahawa Aizen telah mengelirukan persepsinya tentang masa semasa mereka bercakap.

Ini bermakna dia dan askar Quincy lain telah kehabisan masa untuk beroperasi di Soul Society dan terpaksa berundur sebelum sempat menghabiskan pencerobohan. Sebagai tanda terakhir, Yhwach mematahkan pedang Ichigo lalu meninggalkan hero kita.
Apa pendapat anda tentang episod 7 Bleach: TYBW? Jom kongsikan pendapat di ruang komen! Untuk membaca segala liputan kami tentang Bleach, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post