Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Anime ‘The Witch on the Holy Night’ Arahan ufotable Pasti Akan Keluar Tahun 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 23, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Anime ‘The Witch on the Holy Night’ Arahan ufotable Pasti Akan Keluar Tahun 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Aniplex dan TYPE-MOON mengumumkan bahawa filem adaptasi The Witch on the Holy Night (atau tajuk jepunnya Mahoutsukai no Yoru) akan mula ditayangkan di pawagam (tidak pasti jika Malaysia termasuk sekali) pada tahun ini.

Projek ini dihasilkan oleh ufotable, studio animasi terkemuka yang telah membuktikan kehebatan mereka menerusi karya fenomena seperti Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba dan trilogi Fate/stay night [Heaven’s Feel].

Sejak pertama kali diperkenalkan melalui sebuah teaser trailer pada penghujung tahun 2021, maklumat filem ini seakan-akan terhenti tanpa sebarang khabar berita, sehingga menimbulkan pelbagai andaian dalam kalangan peminat setianya.

Namun, pengumuman terbaharu ini mengesahkan bahawa 2026 merupakan tahun keramat bagi filem tersebut.

Jalan cerita filem diangkat daripada visual novel sama pada tahun 2012 nukilan Kinoko Nasu, yang juga merupakan individu di sebalik kejayaan francais Fate. Kisahnya berpusat pada watak Aoko Aozaki, salah seorang daripada dua beradik yang mewarisi salasilah keluarga ahli sihir moden yang sangat berpengaruh.

Walaupun pada mulanya Aoko tidak berminat dengan ilmu mistik, beliau secara tiba-tiba diisytiharkan sebagai pewaris tunggal seni sihir keluarganya.

Aoko memulakan langkah sebagai perantis di bawah bimbingan seorang ahli sihir muda bernama Alice Kuonji, yang menetap di sebuah rumah agam misteri di bukit. Pada masa yang sama, beliau berkenalan dengan Sōjūrō Shizuki, seorang pelajar baru pindah yang masih janggal dengan arus pemodenan dunia.

Konflik juga semakin tinggi apabila Aoko terpaksa berhadapan dengan rancangan kakaknya, Tōko Aozaki, yang berasa dirinya dikhianati setelah hak warisan keluarga tersebut tidak diberikan kepadanya.

Walaupun tahun 2026 telah disahkan sebagai tahun tayangan, butiran khusus mengenai tarikh tayangan perdana, barisan pelakon suara, serta trailer penuh masih lagi disimpan rapi oleh pihak produksi.

Bagaimanapun, Aniplex memberikan bayangan bahawa maklumat yang lebih terperinci akan didedahkan menjelang dalam beberapa bulan akan datang.

Tags: The Witch on the Holy Night
ShareTweetSend
Previous Post

Rindu Koro-sensei? Jangan Lepas Peluang Tonton ‘Assassination Classroom the Movie’ Mulai 9 April!

Next Post

Projek Masa Depan ufotable – Anime, Genshin Impact, Infinity Castle Part 2, Katsugeki: Touken Ranbu, & Banyak Lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka
Berita

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka

July 22, 2026
Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia
Industri

Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia

July 22, 2026
Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik
Preview

Previu Persona 4 Revival – Kita Kembali Ke Midnight Channel, Rupa Paras & Gameplay Lagi Dinamik

July 22, 2026
Next Post
Projek Masa Depan ufotable – Anime, Genshin Impact, Infinity Castle Part 2, Katsugeki: Touken Ranbu, & Banyak Lagi!

Projek Masa Depan ufotable - Anime, Genshin Impact, Infinity Castle Part 2, Katsugeki: Touken Ranbu, & Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd