Semasa livestream Final Fantasy Ever Crisis di saluran Youtube Square Enix, diumumkan bahawa game Final Fantasy VII: Ever Crisis akan hadir ke PC melalui Steam! Buat sementara ini, versi PC untuk game ini masih dalam pembangunan dan pemain yang sudah bermain pada mobile, boleh menggunakan data mereka untuk versi PC.
[UPDATE]
Halaman rasmi Final Fantasy VII: Ever Crisis telah pun tersedia di Steam. Malang sekali, ianya region locked seperti versi mobile. Jadi pemain di Malaysia, nampaknya kita tidak berpeluang untuk mainkan game ini.
[Petikan asal artikel]
Tiada lagi berita jika ia akan tersedia untuk versi global, jadi kita tunggu sahaja pengumuman daripada Square Enix. Mungkin ini juga peluang untuk peminat FFVII di Malaysia untuk bermainnya nanti.
Tentang Final Fantasy VII: Ever Crisis
Final Fantasy VII: Ever Crisis ialah game mobile dengan elemen gacha/loot box. Dirancang untuk mengeluarkan episod baru secara bulanan, game ini menceritakan semula peristiwa daripada game original Final Fantasy VII pada 1997, dan semua judul kanon dalam francais Final Fantasy VII seperti filem Advent Children, dan game Before Crisis, Crisis Core dan Dirge of Cerberus.
Pemain boleh mencuba mana-mana naratif pada bila-bila masa dengan menukar dari menu utama lalu mengalami jalan cerita bersifat rumusan untuk game tersebut daripada awal hingga akhir.
Namun, bab cerita tertentu tidak akan tersedia semasa pelancaran dan akan ditambahkan kemudian secara kemas kini. Selain itu, Ever Crisis akan menampilkan naratif original baharu yang meneroka masa lalu yang dan asal usul watak/antagonis ikonik, Sephiroth.
Dipasarkan sebagai mobile remake kepada Final Fantasy VI, dunia Final Fantasy VII yang dipersembahkan rupa ala retro digabungkan dengan grafik moden manakala sistem pertempuran diinspirasikan daripada sistem Active Time Battle lalu dirombak/diubah untuk bermain dengan lancar pada peranti mobile dengan grafik berkualiti tinggi.
Game ini cuba mengekalkan ciri-ciri ikonik daripada siri dan termasuk elemen RPG seperti Abiliti, Materia, Summon, Limit Break dan lain-lain; sambil menyokong ciri tambahan termasuk Auto Mode dan Battle Speed yang menjadikan game ini lebih mudah dan menyeronokkan.
Walaupun percuma untuk dimuat turun dan bermain, Ever Crisis menampilkan sistem mikrotransaksi/gacha. Ia menawarkan loot box yang menghadiahkan pemain dengan pelbagai pilihan senjata dan pakaian secara rawak.
Watak tidak perlu dikumpul dan semua boleh dimainkan selepas anda memperolehi mereka melalui jalan cerita. Selepas mendapat watak kegemaran, jangan lupa untuk customize setiap satu dengan peralatan dan senjata ikonik untuk mengalahkan musuh kuat dalam mode pertempuran solo atau co-op.
Untuk mendapatkan berita lain mengenai Final Fantasy VII daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post