Siri anime Naruto sedang meraikan ulang tahunnya yang ke-20, dan sempena itu, Bandai Namco Entertainment dan CyberConnect2 mengumumkan entri seterusnya dalam siri Naruto Ultimate Ninja Storm, yang dipanggil Naruto x Boruto Ultimate Ninja Storm Connections.
Naruto x Boruto Ultimate Ninja Storm Connections membolehkan pemain mengalami semula zaman kanak-kanak Naruto sehingga kehidupannya dalam Shippuden seperti di dalam anime dan manga.
Pendek kata, game ini memberi kesan nostalgia serta-merta kepada peminat baru dan lama dan bukan setakat mengimbau masa lalu, ia juga menawarkan jalan cerita baharu yang eksklusif hanya untuk game ini.
Kami mencuba game ini di Tokyo Game Show 2023, dan berikut aadalah preview ringkas saya!

Salah satu kandungan utama dalam Storm Connection ialah Special Story Mode. Merupakan bahagian pertama yang saya cuba sekitar 15+ minit, ini ialah mode dengan naratif original di Perang Dunia Shinobi ke-5 bakal tercetus oleh dan turut melibatkan beberapa watak original yang kami belum pernah lihat sebelum ini.
Seperti yang korang semua dapat baca daripada sinopsis, Story Mode khas ini berlatarkan Boruto sebagai watak utama, dan berlangsung semasa Perang Dunia Shinobi Kelima. Kali ini, Perang Dunia bakal tercetus disebabkan oleh Merz, seorang lelaki misteri yang menutup matanya dengan kain dan memiliki badan penuh parut.

Motifnya tidak diketahui, tetapi kita tahu Merz sedang mengumpulkan tentera-tentera kuat untuk melawan Kampung Konoha. Boruto dan rakan-rakan sedang bergegas ke medan perang untuk cuba membantu dan mereka dibantu oleh Nanashi, watak navigator daripada game mobile Ninja Heroes.
Walaupun intro pertarungan dalam demo cukup sengit, tapi sorotan utama pastinya adalah pertarungan antara Naruto dan Sasuke. Sedikit spoiler, kita sebenarnya dapat bermain sebagai Sasuke yang terpaksa berlawan Naruto (dengan mindanya dikawal oleh musuh sehingga mata bertukar warna ungu).

Seperti biasa, CyberConnect2 adalah pakar dalam hal adegan pertarungan anime, dan koreografi dalam pertarungan ini sangat mengagumkan. Sebagai peminat lama kepada siri, melihat pertarungan epik antara kedua-dua watak ikonik memberi saya kebahagiaan memandang siri original sudah tamat beberapa tahun lepas. Bukan itu sahaja, naratif baru ini turut memberi kami insentif untuk melabur masa memandangkan kisahnya tidak pernah diceritakan di dalam manga mahupun anime.
Satu lagi perkara yang saya ingin puji adapah peralihan antara adegan dan pertarungan yang sangat lancar, sehingga saya tidak sedar ia rupanya cutacene. Namun, Connection tidak lagi menampilkan urutan QTE semasa pertengahan pertempuran (yang bagi saya sangat seronok).

Malangnya, saya tidak sempat bermain mode ini dengan lama, tapi pertarungan terasa sangat seronok, dan saya sedar game itu kini ditambah dengan sistem kawalan lebih mudah bernama Simple Control yang baru. Walaupun sistem itu dinamakan “simple”, ia tidak sepenuhnya memudahkan kerja kerana masih ada banyak input dan kombo yang anda perlu mahir.
Ini hanya memudahkan pemain menekan beberapa butang tetapi tindakan dan aksi masih sama. Walaupun memudahkan pemain beginner, ia mengekang pemain daripada memaksimum sistem pertempuran sepenuhnya. Pemain tidak dapat membuat kombo tertentu dan beberapa pergerakan juga dihalang.

Oleh itu, saya bertukar semula kepada Normal Control apabila bermain Free Battle, dan ternyata kawalan ini jauh lebih baik dan selesa. Anda mempunyai lebih banyak kebebasan untuk melaksanakan banyak kombo. Oleh itu, jika anda sudah biasa dengan kawalan dalam game Ninja Storm lama, maka lebih baik untuk terus menggunakan Normal Control.
Walaupun begitu, Simple Control boleh menjadi pilihan yang bagus untuk sesetengah pemain, terutamanya para beginner.

Untuk Free Battle, saya memiliki akses kepada senarai watak penuh, tapi saya hanya ingin mencuba watak baru terutamanya Naruto Baryon Mode. Lebih tertumpu pada pertarungan jarak dekat terutamanya bila anda memasuki fasa Awakening, kami benar-benar dapat melihat betapa pantas dan cekap taijutsu Naruro seperti di dalam anime.
Malah, visual untuk setiap abiliti pun lebih cantik dan berwarna-warni daripada biasa termasuk model watak dan persekitaran sekeliling.
Info tambahan:
- Game ini akan menyokong 16 bahasa termasuk sari kata Indonesia
- Senarai watak terbesar dalam siri game ini dengan lebih 130 watak termasuk Naruto Baryon Mode
- Dua Story Mode: Naruto History (fokus pada kisah utama daripada siri) dan Special Story Mode (kisah original dengan watak baharu)
- Kemas kini utama kepada sistem pertempuran: Pilihan Simple Control dan penambahan 2 jenis Ninjutsu

Sekali lagi saya ingatkan, Naruto x Boruto Ultimate Ninja Storm Connections akan dilancarkan pada 16 November 2023 di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan Nintendo Switch. Peminat boleh pre-order sekarang di platform pilihan di SINI.
Baca segala liputan kami tentang game ini di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post