Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem terbaru Detective Conan ditangguhkan sehingga April 2021!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2020
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem terbaru Detective Conan ditangguhkan sehingga April 2021!
Share on FacebookShare on Twitter

Detective Conan adalah antara anime paling terkenal di Malaysia, dan saya pasti ramai yang menontonnya di NTV7. Anime ikonik ini masih tergolong di antara anime paling hebat di Jepun, dan setiap filem Detective Conan meraih keuntungan yang besar setelah dilancarkan. Itulah antara sebab mengapa peminat sabar menunggu berita tentang filem terbarunya. Malangnya, Detective Conan tidak akan muncul di pawagam sehingga tahun 2021.

Berita ini muncul pada hari ini ketika halaman Facebook rasmi Golden Screen Cinemas (GSC) mengesahkan tarikh baru untuk tayangan filem. Filem Detective Conan: The Scarlet Bullet sepatutnya keluar pada bulan April lalu, tetapi wabak COVID-19 mengganggu jadual pelepasan filem. Sekarang, Detective Conan: The Scarlet Bullet akan keluar di pawagam pada bulan April 2021.

Penundaan selama satu tahun ini agak mengejutkan, tetapi Detective Conan tidak akan mengambil apa-apa risiko. Selama bertahun-tahun, anime Detective Conan telah menghasilkan keuntungan yang hebat di pawagam. Pada tahun 2019, The Fist of Blue Sapphire memperoleh 9.3 bilion yen. Pada tahun 2018, Zero the Enforcer memperoleh anggaran 9.2 bilion yen. Secara keseluruhan, francais ini telah memperoleh hampir 100 billion yen, jadi ia masuk akal jika Detective Conan tidak ingin mengambil risiko kerana wabak COVID-19. Sehingga itu, peminat boleh tonton siri anime Detective Conan dahulu jika tak sabar sangat.

Tags: Detective ConanDetective Conan: The Scarlet BulletfilemGSCMalaysia
Previous Post

Muse Malaysia menambah musim 1 & 2 anime One-Punch Man! Tonton percuma dengan sari kata melayu!

Next Post

Nak bercinta ke nak Kombat ni? Review “Sakura Wars” beraksi dalam The Flower Division!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
Nak bercinta ke nak Kombat ni? Review “Sakura Wars” beraksi dalam The Flower Division!

Nak bercinta ke nak Kombat ni? Review "Sakura Wars" beraksi dalam The Flower Division!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd