Baru-baru ini, Crunchyroll mengumumkan filem One Piece: Red akan ditayangkan di Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand pada musim luruh tahun ini. Malangnya, Malaysia dan negara-negara lain masih tidak dapat tarikh pengeluaran rasmi tayangan filem tersebut.
Untuk keluaran di negara-negara tersebut, Crunchyroll dan Toei Animation akan menyediakan dua versi termasuk sari kata dan alih suara kepada bahasa Inggeris. Bukan setakat itu sahaja, mereka juga akan mengumumkan lebih banyak maklumat berkenaan filem ini pada Expo Anime pada 2 Julai 2022.
Bagi sesiapa yang tidak mengetahui filem One Piece: Red, ia telah diumumkan pada tahun 2021 dengan menampilkan Red-Haired Shanks sebagai watak utama. Filem ini akan ditayangkan di Jepun pada 6 Ogos 2022. Berikut adalah sinopsis filem One Piece: Red:
Uta, seorang penyanyi yang paling disayangi dalam dunia. Suaranya digambarkan seperti sesuatu yang luar biasa. Untuk buat kali pertama, dia akhirnya munculkan diri di khalayak ramai untuk sebuah konsert.
Tempat konsert tersebut telah dipenuhi dengan ramai peminat Uta, yang terdiri daripada lanun, tentera laut dan sudah semestinya krew Straw Hat yang diketuai oleh Luffy. Mereka datang untuk menikmati persembahan hebat daripada Uta. Kisah filem ini bermula dengan fakta yang mengejutkan bahawa Uta sebenarnya anak kepada Shanks.
Buat masa sekarang masih tiada sebarang maklumat berkenaan tarikh tayangan filem One Piece: Red di Malaysia. Walaupun begitu, GSC Malaysia telah mengesahkan bahawa filem ini akan ditayangkan di Malaysia dengan retweet post daripada akaun rasmi Twitter One Piece: Red sebelum ini.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa filem One Piece: Red akan ditayangkan pada 6 Ogos 2022 di Jepun manakala Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand akan tiba pada musim luruh tahun. Jadi, apa pendapat anda sebagai peminat One Piece berkenaan pengumuman daripada Crunchyroll. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post