Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Monster Hunter ditangguhkan ke April 2021! Berita rasmi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 13, 2020
in Artikel, Berita, Filem, Tempatan
0 0
0
Filem Monster Hunter ditangguhkan ke April 2021! Berita rasmi!
Share on FacebookShare on Twitter

Dukacita, saya ingin memberitahu bahawa filem Monster Hunter oleh Sony telah ditangguhkan kepada 23 April 2021. Sekarang, ia ditunda lagi tujuh bulan daripada tarikh tayangan asal pada 4 September. Berita ini diumumkan oleh Sony dalam jadual pelepasan terkini untuk projek filemnya yang akan datang. Monster Hunter pada mulanya diumumkan pada tahun 2018 dan mendapat sinopsis rasmi pada masa yang sama, tetapi sejak itu, mereka hanya membuat beberapa pengumuman kecil dan mendedahkan satu imej selang beberapa bulan.

Tiada penjelasan diberi kenapa filem ini ditunda, jadi ramai tertanya jika ia berlaku kerana wabak COVID-19 atau komplikasi lain dalam produksi filem. Walau bagaimanapun, anda kini boleh menonton filem ini di pawagam pada bulan April tahun depan.

https://www.facebook.com/GSCinemas/posts/10159088723957275

Monster Hunter adalah adaptasi filem daripada francais permainan video dengan nama yang sama. Ini menampilkan Milla Jovovich akan berlakon sebagai watak utama Artemis bersama pemburu yang dilakonkan oleh Tony Jaa. Monster Hunter diarahkan oleh Paul W.S. Anderson dan termasuk pelakon terkenal lain seperti Tip ‘T.I.’ Harris, Meagan Good, Diego Boneta, Josh Helman, Jin Au-Yeung, dan Ron Perlman.

Sinopsis rasmi untuk filem ini menunjukkan bagaimana ia akan berbeza dengan siri permainan video dan bagaimana watak Jovovich dan askarnya akan berada di dunia Monster Hunter.

Sinopsis rasmi filem:

“Di sebalik bumi kita, ada dunia lain di mana raksasa yang berbahaya dan kuat menghuni. Apabila Lt. Artemis (Milla Jovovich) dan askarnya dibawa dari dunia kita ke dunia baru, dia menerima kejutan terbesar dalam hidupnya. Dalam usaha untuk bertahan hidup sambil melawan musuh-musuh besar dengan kekuatan luar biasa, Artemis harus bekerjasama dengan seorang lelaki misteri untuk melawan balik takdir.”

Pada bulan lepas, satu gambar dikongsi yang menunjukkan Jovovich memegang Dual Blades. Ini bukan adaptasi langsung daripada siri permainan dan sebaliknya menampilkan watak-watak baru seperti Artemis Jovovich. Monster Hunter kini akan dilancarkan di pawagam pada 23 April 2021.

Tags: delayfilemmonster huntermovierelease date
Previous Post

Tebus Watch Dogs 2 PERCUMA pada yang tonton #UbiForward sekarang!

Next Post

Pre-Order EA SPORTS UFC 4 dan anda akan mendapat watak Tyson Fury & Anthony Joshua!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Pre-Order EA SPORTS UFC 4 dan anda akan mendapat watak Tyson Fury & Anthony Joshua!

Pre-Order EA SPORTS UFC 4 dan anda akan mendapat watak Tyson Fury & Anthony Joshua!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd