Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Predator Helios Neo 14 Baharu Dilancarkan di Malaysia – Bernilai RM7,799!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 10, 2024
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
Predator Helios Neo 14 Baharu Dilancarkan di Malaysia – Bernilai RM7,799!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia hari ini memperkenalkan tambahan terbaru kepada barisan peranti gaming mereka, iaitu Predator Helios Neo 14 baharu yang dijual pada harga rasmi RM7,799.

Kredit: Predator Gaming MY

Reka bentuk 14 inci peranti ini mencapai keseimbangan antara bentuk mudah alih dan prestasi, sesuai untuk golongan pelajar, pencipta kandungan dan profesional yang mencari komputer riba kerja serba boleh yang boleh diandalkan sebagai peranti gaming.

Dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Ultra 9 185H dengan pencepatan AI khusus dan GPU komputer riba NVIDIA GeForce RTX 4060 lengkap dengan DLSS 3.5 yang dikuasakan oleh AI, Helios Neo 14 membolehkan para pengguna menikmati prestasi yang luar biasa dan visual yang realistik di mana jua.

Kredit: Predator Gaming MY

Ia lengkap dengan paparan WQXGA+ (3072×1920) dengan kadar segar semula 165Hz, menyokong spektrum warna sRGB sepenuhnya dan keserasian dengan NVIDIA G-SYNC®.

Untuk memastikan para gamer boleh menikmati prestasi yang terunggul, Predator Helios Neo 14 dilengkapi dengan Sistem Penyejukan Predator, direka untuk mengawal haba dengan cekap. Sistem yang canggih ini terdiri dari sistem dwi kipas dengan kipas AeroBlade 3D generasi ke-5, mengandalkan teknologi Vortex Flow yang tekal mengambil udara sejuk ke bahagian dalaman sistem.

Kredit: Predator Gaming MY

Sebagai tambahan, ia menggunakan gris cecair logam di atas cip pemproses dan saliran haba vektor untuk peningkatan pemindahan dan muatan haba. Pada masa yang sama, Predator Helios Neo 14 juga dilengkapi dengan Intel Killer Wi-Fi 6E, USB Type C dengan ThunderBolt 4, dan pembaca kad MicroSD untuk penyambungan yang lancar.

Helios Neo 14 meningkatkan pengalaman panggilan video dan audio dengan pembaikan melalui AI, lengkap dengan Acer PurifiedVoice 2.0 untuk penghapusan bunyi di latar belakang dan penyelesaian kameraweb Acer PurifiedView untuk gambar video yang lebih jelas.

Kredit: Predator Gaming MY

Pembantu tugas yang berkuasa AI peranti ini dari Copilot dalam Windows senang dilancarkan dengan menggunakan kekunci Copilot. Ciri-ciri AI dan lain-lain boleh diterokai dalam Zon Pengalaman baharu di atas aplikasi PredatorSense, di mana para pengguna boleh menyesuaikan tetapan peranti, kesan lampu papan kekunci, dan memantau kecekapan sistem.

Tersedia dengan segera dari Acer eStore, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada, dan penjual rasmi Acer di seluruh negara, komputer riba gaming Predator Helios Neo 14 dijual dengan harga rasmi RM7,799.

Untuk meraikan pelancaran Predator Helios Neo 14, para pelanggan yang membeli peranti ini sebelum 24 Mei 2024 akan menerima satu Bagasi 20” Acer Melbourne bernilai RM999.

Di samping itu, sesi VCT Pacific Mid-Season Finals “viewing party” akan diadakan pada 12 Mei 2024 di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur. Mereka yang hadir boleh juga mengambil gambar bersama cosplayer-cosplayer terkenal Martin Kok, Ashe Dream, dan Micho the Harambae.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: LaptopPredator Helios Neo 14
ShareTweetSend
Previous Post

Netflix Lancar Taman Tema Digital Di Roblox – Ada Stranger Things, One Piece, Rebel Moon dan Banyak Lagi

Next Post

Filem Lord of the Rings Baru Dalam Pembikinan, Akan Keluar 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Filem Lord of the Rings Baru Dalam Pembikinan, Akan Keluar 2026!

Filem Lord of the Rings Baru Dalam Pembikinan, Akan Keluar 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd