Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Joker 2 dilaporkan akan mula penggambaran pada tahun 2023

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 31, 2022
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Joker 2 dilaporkan akan mula penggambaran pada tahun 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Warner Bros. nampaknya akan meneruskan rancangan mereka untuk filem sekuel Joker 2, di mana laporan terkini mendedahkan bahawa penggambaran akan bermula pada 2023. Laporan yang sama juga memberitahu “draf pertama untuk skrip sudah disiapkan”, tetapi sumber itu tidak mendedahkan apa-apa tentang jalan cerita mahupun watak mana akan muncul.

Berita ini berasal daripada Heroic Hollywood, yang mendakwa mereka mendapat info daripada sumber yang rapat dengan projek tersebut. Berdasarkan info, Warner Bros telah menerima skrip, dan merancang untuk memulakan penggambaran pada tahun depan.

Warner Bros is rumored to want to begin filming ‘JOKER 2’ in 2023.

(Source: https://t.co/uWsIWK5Ftr) pic.twitter.com/VMVLMjsYiT

— DiscussingFilm (@DiscussingFilm) January 29, 2022

Sejak filem pertama ditayangkan di pawagam pada tahun 2019, tidak banyak berita atau khabar angin tentang Joker 2. Maklumat terakhir yang saya tahu datang daripada laporan DC tentang barisan filem mereka akan datang, yang mengesahkan bahawa sebuah lagi filem Joker dalam rancangan. Laporan itu juga merujuk kepada projek Joker ini sebagai “sekuel dalam rancangan”, yang secara tidak langsung mengesahkan Joaquin Phoenix akan kembali dalam peranan Joker.

Dengan fokus baru, Warner Bros nampaknya akan kembali selepas wabak COVID-19 melanda industri dengan teruk. Pada awal minggu ini, saya juga melaporkan yang filem sekuel Mortal Kombat sedang dalam pembangunan, di mana penulis Moon Knight Jeremy Slater akan menulis skrip.

Walau bagaimanapun, keadaan tidak sama untuk beberapa studio lain dalam industri. Paling terbaru, Black Panther terpaksa menghentikan penggambaran sekali lagi, selepas pelakon Lupita Nyong’o disahkan positif Covid-19. Saya tidak tahu jika Joker akan mengalami nasib yang sama, memandangkan penularan wabak masih banyak di Amerika Syarikat tetapi kita harapkan yang terbaik.

Untuk tahu filem apa yang keluar tahun 2022, sila tekan pautan ini.

Tags: 2023filemJoker 2
Previous Post

Episod akhir musim kedua Demon Slayer mungkin lebih panjang daripada biasa!

Next Post

Cyberpunk 2077 mungkin tiba di platform PS5 tidak lama lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Cyberpunk 2077 mungkin tiba di platform PS5 tidak lama lagi!

Cyberpunk 2077 mungkin tiba di platform PS5 tidak lama lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd