Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Evangelion 3.0+1.0 akan membuka tayangan pada awal Mac 2021 di Jepun!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 1, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Evangelion 3.0+1.0 akan membuka tayangan pada awal Mac 2021 di Jepun!
Share on FacebookShare on Twitter

Evangelion 3.0+1.0: Thrice Upon A Time adalah bab terakhir dalam siri “Rebuild of Evangelion“, tetapi malangnya bagi peminat, filem anime ini telah ditangguhkan beberapa kali kerana wabak coronavirus dan keadaan perintah darurat di Jepun. Walaupun filem ini tidak akan keluar di pasaran Malaysia dalam masa terdekat, nampaknya peminat Jepun boleh menonton filem ini sedikit lebih awal apabila ia keluar pada 8 Mac 2021.

Neon Genesis Evangelion meraih sambutan tinggi melalui siri anime televisyen asli yang mengisahkan Ikari Shinji, seorang remaja lelaki yang direkrut oleh bapanya, Ikari Gendo ke organisasi Nerv untuk memandu mecha gergasi bernama “Evangelion” demi berperang dengan sejenis makhluk bergelar “Angel“.

Walaupun siri asli mempunyai penamat yang agak kontroversial, ia diberi pengakhiran baru melalui filem “End of Evangelion“, yang memberikan kesimpulan kepada para ahli NERV dan juruterbang unit EVA. Di sini, studio Khara telah memuat naik dua trailer baru untuk mempromosikan tarikh keluaran Evangelion 3.0+1.0 yang menampilkan lagu tema “One Last Kiss” oleh Hikaru Utada.

Selepas tayangan filem ini, saya tidak tahu apa akan jadi pada masa depan francais Evangelion kerana tidak ada projek anime baru yang disahkan. Walaubagaimanapun, ramai yang setuju bahawa francais ini adalah ikonik untuk industri dan pasti akan membuat lebih banyak penampilan pada masa akan datang.

Neon Genesis Evangelion 3.0+1.0: Thrice Upon a Time akan ditayangkan di pawagam Jepun pada 8 Mac 2021. Untuk segala liputan kami tentang francais Evangelion, sila tekan pautan ini.

Tags: animeEvangelionEvangelion 3.0+1.0: Thrice Upon A Timefilem
Previous Post

Kali ini saksikan gameplay Giyu Tomioka didedahkan untuk Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – Hinokami Keppuutan

Next Post

PUBG Mobile vs. PUBG New State: Jom lihat perbezaannya buat masa kini

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
PUBG Mobile vs. PUBG New State: Jom lihat perbezaannya buat masa kini

PUBG Mobile vs. PUBG New State: Jom lihat perbezaannya buat masa kini

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd