Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Filem Anime ‘Umamusume: Pretty Derby’ Akan Datang ke Pawagam Malaysia Tidak Lama Lagi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 3, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Filem Anime ‘Umamusume: Pretty Derby’ Akan Datang ke Pawagam Malaysia Tidak Lama Lagi!
Share on FacebookShare on Twitter

Encore Films Malaysia mengesahkan bahawa filem anime Umamusume: Pretty Derby – Beginning of a New Era akan mula “memecut” ke pawagam Malaysia tidak lama lagi. Malangnya, tarikh tayangan rasmi masih belum diumumkan.

🇲🇾Malaysia, are you ready? 🐎💨

Umamusume: Pretty Derby – Beginning of a New Era is sprinting into cinemas soon! Bringing high-speed races, intense rivalries, and a story that will keep your heart pounding till the finish line 💥

🎬 Coming soon to cinemas.#UmamusumePrettyDerby pic.twitter.com/hOyXnexGG9

— Encore Films M'sia (@encorefilmsmal) April 2, 2026

Diterbitkan oleh Cygames Pictures, filem ini asalnya telah ditayangkan di pawagam Jepun pada Mei 2024. Walaupun membawa jalan cerita yang boleh ditonton secara berasingan, dari segi kronologi, kisahnya berlaku selepas peristiwa dalam siri web popular Umamusume: Pretty Derby: Road to the Top.

Peminat pasti akan teruja kerana dapat melihat semula beberapa watak kegemaran mereka muncul dalam filem ini.

Jalan cerita kali ini beralih arah kepada protagonis baharu iaitu Jungle Pocket (lebih mesra dipanggil “Pokke”). Sebagai seorang Umamusume yang berjiwa bebas dan bersemangat waja, Pokke telah pun membuktikan kehebatannya dalam arena perlumbaan freestyle.

Namun, pandangannya terhadap dunia perlumbaan berubah selepas dia menyaksikan Fuji Kiseki dalam perlumbaan rasmi Twinkle Series. Terpesona dengan kehebatan tersebut, Pokke tekad untuk menyertai Twinkle Series dan meninggalkan litar freestyle demi membuktikan bahawa dialah yang terbaik di pentas dunia.

Selepas mendaftar di Tracen Academy, Pokke mendapat bimbingan daripada Tanabe, seorang jurulatih veteran yang pernah mengasah bakat Fuji Kiseki sehingga berjaya.

Bersama-sama, mereka meletakkan sasaran untuk menjuarai Triple Crown; iaitu tiga perlumbaan legenda yang sangat mencabar dan hanya boleh disertai sekali sahaja seumur hidup oleh setiap pelumba.

Bagaimanapun, laluan menuju ke puncak kegemilangan bukanlah mudah. Pokke perlu berdepan dengan tiga pesaing hebat dari generasinya yang mempunyai bakat luar biasa.

Tags: animeUmamusume: Pretty Derby
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Island of Hearts – Idea Bercinta Dengan Influencer SEA Menarik, Tapi Banyak Kekurangan

Next Post

Chill with You: Lo-Fi Story Akan Tiba Mobile! Kerja Sambil Ditemani Satone!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius
Temuramah

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius

September 4, 2026
GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition
Berita

GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition

September 4, 2026
Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Next Post
Chill with You: Lo-Fi Story Akan Tiba Mobile! Kerja Sambil Ditemani Satone!

Chill with You: Lo-Fi Story Akan Tiba Mobile! Kerja Sambil Ditemani Satone!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd