FIFA 20 ialah sebuah permainan video simulasi bola sepak oleh Electronic Arts dan kekal menjadi kegemaran untuk setiap peminat bola sepak sehingga hari ini. Tetapi saya tidak kata ia sempurna. Kebebasan pemain dan sistem permainan sentiasa menjadi masalah di FIFA. Daripada struktur Career Mode, kekurangan kepada Player Customization dan mode-mode lain di dalam FIFA.
Tetapi tahun ini, nampaknya FIFA 20 datang dengan beberapa perubahan besar. Kam akan lihat perubahan besar yang jauh menjangkaui nilai estetik dan sistem permainan. Kembalinya street football seperti FIFA Street, sistem permainan yang lebih mantap dan perubahan kepada Career Mode yang akhirnya membuat FIFA 20 berbaloi untuk dimainkan.
FIFA Street kembali di dalam bentuk Volta!
Pada tahun 2005, FIFA Street sangat-sangat terkenal dan lebih popular daripada FIFA 2005. Jadi, memang saya terkejutlah apabila FIFA mengumumkan Mode Street-Football baru yang dipanggil Volta. Volta telah menggantikan The Journey, story mode yang termasuk dalam tiga judul sebelum ini. Kamu akan mengawal pemain sendiri melalui satu pengembaraan bola sepak yang bakal menggegarkan dunia.
Lokasi kelihatan autentik dan unik, daripada lampu yang mempesonakan di dalam gelanggang, cahaya bandarTokyo ketika bermain di atas bangunan, hingga ke gelanggang kotor di pinggir bandar. Permainan juga sangat berbeza, dengan bola yang dipantul daripada pagar menambah dinamik baru dalam permainan. “Volta” bermaksud kembali di dalam bahasa Portugis, dan memang saya mengalukan kehadiran mode baru ini.
Melambatkan rentak untuk satu realisme yang menyerupai permainan bola sepak sebenar!
Walaupun kelajuan dan agresif merupakan kualiti yang penting dalam bola sepak, EA telah membuat keputusan menarik untuk melambatkan tempo dan ritma. Pemain kegemaran bola sepak kamu akan lebih perlahan di atas padang dan mengambil sedikit masa untuk melaksanakan kemahiran dan skill mereka.
Melambatkan rentak permainan akan memberikan masa yang lebih banyak untuk pemain membuat keputusan penting pada saat genting, serta menjadikan game ini lebih dekat dengan realiti. Ia juga membuat Volta lebih mudah sebagai street football memberi fokus kepada kemahiran dan skill untuk mengalahkan lawan di dalam gelanggang.
Career Mode yang lebih banyak kandungan dan pilihan pemain menentukan kemenangan!
Juga antara ciri yang terdapat di The Journey, pengurus akan menghadiri persidangan akhbar di mana wartawan akan melontarkan soalan yang bergantung prestasi pasukan kamu sepanjang musim. Setiap persidangan akan berasa segar dan unik – sekurang-kurangnya untuk beberapa musim pertama. Pengurus juga dapat berinteraksi dengan pemain secara langsung, mengaturkan latihan merekadan berapa banyak masa mereka boleh bermain. Bagaimana kamu berinteraksi, memberi kesan kepada semangat dan prestasi mereka di atas padang.
FIFA 20 memaksa pemain untuk mempertimbangkan keperluan pasukan pada masa depan dengan sistem Player Potential yang ketat. Pemain berbakat muda seperti Christian Pulisic atau Vinicius Junior memerlukan masa di atas padang untuk membangun, jika tidak, statistik mereka akan cepat merosot dan semuanya menjadi sia-sia.
Untuk mengatasi ini, kamu juga akan melihat pemain hebat mengekalkan statistik tinggi mereka meskipun sudah menjangkaui usia 30 tahun. Kamu tidak perlu terlalu risau tentang rating 90+ Ronaldo. Beliau akan menyimpan statistiknya lebih lama selagi dia beraksi dengan cemerlang di padang. Jangan takut untuk mainkan pemain muda kamu di atas bangku simpanan itu.
Kesimpulan?
Selain daripada menjadi salah satu francais permainan video sukan yang paling berjaya sepanjang masa, dan mengeluarkan satu judul setiap sejak tahun 1993, saya yakin FIFA 20 akan menjadi salah satu permainan video yang paling popular tahun ini dengan penambahan ciri-ciri baru ini. FIFA 20 akan keluar pada 24 September di pelantar PS4, Xbox One, PC bagi mereka yang pre-order dan pada 27 September 2019 untuk seluruh dunia. Apa lagi? Pilihlah pasukan feveret dan main bersama member-member sekalian!
@gamersantaimy
The Review
FIFA 20
Game yang meningkatkan content dan mengubah sistem permainan kepada satu pendekatan yang lebih taktikal dengan tumpuan kepada build-up play. Ia memaksa kamu menjadi lebih kreatif dan bukannya bergantung kepada satu teknik.
Discussion about this post