Nampaknya pelancaran siri HUAWEI MATE 30 baru sahaja berakhir sebentar tadi di Munich, Jerman dan diperkenalkan oleh CEO Huawei Technologies Consumer Business ,RICHARD YU. Siapa sangka HUAWEI membuat kejutan dengan peranti terbaru mereka ini dengan spesifikasi yang bukan main-main dan tersangatlah padu serta mengangumkan!
4 Siri Mate30 yang diperkenalkan adalah Mate30, Mate 30 PRO, Mate30 Pro 5G dan Mate30 RS yang baru ini didatangi dengan reka bentuk yang tersangatlah menarik dan agak besar dan luas serta memberi keselesaan bagi pengguna dengan saiz nya berdimensi 158.1×73.1×8.8mm dan berat hanyalah 198g! Dengan paparan 6.53″ FHD Flex OLED, peghhh memang nampak nyata!
Notch yang diperbaharui dan lebih kecil dari Mate 20. Jadi bahagian depan mempunyai sensor penggerakan, Kamera 3D Depth, lampu ambient dan sensor proximity berserta kamera selfie.
Menggunakan pemproses Kirin 990, kekuatan MATE 30 tidak disangkalkan lagi kerana ianya terbina dengan 8GB RAM beserta Storan sebesar 128/256GB! Digenarasikan pula dengan 5G, bertapa laju nya penggerakan untuk kedua siri Mate 30 ini! Bukan itu sahaja, siri Mate 30 ini dilengkapi 21 Antena ianya termasuk 14 antena yang khas untuk 5G!
Mate 30 dan Mate 30 PRO akan hadir dengan 6 warna yang istimewa termasuk dua warna yang menggunakan leather! Untuk warna yang biasa, ianya turut dilengkapi dengan warna matte dibahagian bawah agar pemengangan lebih kesat dan tidak mudah jatuh!
Juga yang menarik perhatian dengan kedua-dua siri Mate 30 ini adalah butang tepi adalah versi visual! Itu bermaksud, tiada button yang anda perlu tekan untuk kuatkan volume, atau menangkap gambar! Hanya menggunakan gelongsoran jari untuk membuat itu semua!
Kegunaan 5G di siri Mate30 5G dilengkapi dengan pelbagai keistimewaan lagi selain dari kelajuan memuat turun sesuatu. Kedua sim kad yang dipasang boleh diguna sebagai 5G dan yang menarik nya, cooling sistem dan teknologi yang sentiasa menyejukkan telefon!
Satu lagi siri Mate30 RS yang berkonsepkan dengan kerjasama PORSCHE! Uniknya dalam siri ini, semua bahagian designya bercirikan jenama PORSCHE termasuk design leather dan ketelitian setiap bahagian memastikan bersama keluk aerodinamik badan firma, cengkaman ergonomik dan sentuhan premium yang memberikan perasaan kawalan sepenuhnya.
Kita beralih ke bahagian kamera. Siapa sahaja yang tidak tahu, kehebatan kamera siri-siri Mate yang bergabung dengan Leica memang sentiasa menjadi yang terbaik! Bukan sahaja dari tangkapan gambar, juga ketajaman rakaman video yang menjadi perhatian disini! Bokeh, Ultra-Wide, Slo-Mo, HDR kesemuanya mengagumkan! Dilengkapi dengan kamera utama 40MP Super Wide Angle Movie Camera + 40MP MP Wide Angle + 8MP Telephoto + 3D Depth Sensor. Manakala kamera depan nya juga sangat jelas dengan 32MP!
Wow! Memang menarik spesifikasi terbaru untuk siri-siri Mate 30 terbaru ini kan? Harga juga telah diberitahu untuk Mate 30 adalah €799 (8GB+128GB) (anggaran RM3704); Mate30 Pro €1099 (8GB+256GB) (anggaran RM5094); Mate30 Pro 5G €1199 (8GB+256GB) (anggaran RM5558) dan Mate30 RS €2095 (12GB+512GB) (anggaran RM9710).
Jadi prestasinya nyata tidak dapat dibandingkan untuk masa kini dengan telefon pintar yang lain! Memang menarik dan dah tentu dengan prestasi ini, bukan setakat orang biasa, para gamers turut tertarik dengan kehebatanya! Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh terus ke laman web rasmi HUAWEI.
@gamersantaimy
Discussion about this post