Another Eden adalah game yang dibuat oleh salah satu developer utama untuk Chrono Trigger, Masato Kato. Sekiranya kamu tidak tahu tentang game ini, kami telah mencuba di Google Play Store.
Kembali ke topik, semasa dalam perjalanan, saya tidak lupa untuk singgah di Collabo_IndeX Shinjuku, yang terletak di Suzuya Shinjuku. Bagi peminat Another Eden, kamu mesti cuba salah satu kafe kolaborasi mereka, memang cukup hebat. Terdapat tiga tempoh yang berlainan di tiga lokasi yang berbeza. Berikut adalah lokasi yang kami tahu berdasarkan poster yang diberikan di laman web rasmi mereka.
Di dalam kafe, semuanya dipenuhi dengan merchandise dan hiasan yang berkait dengan unsur-unsur permainan Another Eden. Kebanyakkan soundtrack juga dimainkan di dalam kafe! Terlalu banyak untuk peminat merasa di sini. Berikut adalah beberapa gambar yang kami ambil! Usya ya!
Selain daripada hiasan kafe, menu semasa acara istimewa ini mempunyai ganjaran hadiah bertemakan Another Eden. Untuk setiap pesanan kamu di sini, kamu akan mendapat peluang percuma untuk meng-gacha pelapik gelas eksklusif yang memaparkan watak-watak dari Another Eden! Berikut adalah menu khas dan pelapik gelas yang kami terima dari kafe.
Makanan di sini kelihatan sangat mirip dengan bagaimana mereka kelihatab di laman web rasmi dan rasa pun sedap juga! Berikut adalah beberapa yang kami cuba dari menu khas Another Eden.
Terdapat juga kawasan di dalam kafe yang menjual seni rasmi, cetakan lukis dan koleksi-koleksi lain. Rambang mata!
Untuk setiap lokasi, kafe hanya akan bertahan selama sebulan. Lebih baik kamu cepat jika sedang bercuti di Jepun! Pengalamannya sangat hebat sekali! Setakat ini, lokasi tentatif berikutnya ialah di Luau Aloha Table. Dengan segala unsur-unsur, saya merasakan seperti masuk ke dalam dunia Another Eden dan melompat kembali ke alam realiti ketika keluar dari kafe.
*Gambar ditangkap oleh Honor 20 Pro ( 8MP AI Quad Camera)*
@gamersantaimy
Discussion about this post