Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fate/Samurai Remnant Preview — Aksi Combat Unik dengan Gabungan Elemen Teras Siri!

Maira by Maira
August 18, 2023
in Artikel, Berita, Game, Preview
0 0
0
Fate/Samurai Remnant Preview — Aksi Combat Unik dengan Gabungan Elemen Teras Siri!
Share on FacebookShare on Twitter

Peminat siri Fate pasti teruja untuk mainkan game baharu siri iaitu Fate/Samurai Remnant. Game tersebut akan keluar pada bulan September ini! Berita baiknya, kami berpeluang untuk mencubanya lebih awal dan kongsikan tentang apa yang menanti anda apabila ia lancar nanti. Tanpa membuang masa, teruskan membaca preview Fate/Samurai Remnant oleh kami!

Holy Grail War Tiba ke Jepun Feudal

Untuk penceritaan yang ditunjukkan dalam preview ini, ia seperti Fate/Stay Night tetapi bertemakan samurai. Anda bermain sebagai Miyamoto Iori, seorang samurai dan ahli sihir yang secara tidak sengaja terlibat dalam peperangan antara ahli sihir bersama-sama Servant mereka tersendiri. Berbeza dengan Master lain, Iori seperti tidak tahu menahu tentang perkara yang berlaku di sekelilingnya malah Servant-nya sendiri tidak mendedahkan identitinya kepada Iori.

Sumber: Koei Tecmo

Bagi kami, bab pertama game menyampaikan cerita yang baik dalam membawa Holy Grail War pada zaman Jepun Feudal. Servant yang dijumpai dalam game ini juga ramai yang baharu, tetapi sudah tentu anda akan berjumpa dengan Servant daripada siri Fate yang lain seperti Jeanne Alter dan Musashi. Yang pasti anda akan dapat rasakan vibe siri Fate dalam game ini.

Sumber: Koei Tecmo

Combat seperti Musou (tetapi tidak sangat)

Sejujurnya, kami masih boleh rasakan gameplay seperti siri Dynasty Warriors dalam game ini tetapi ia tidak begitu ditekankan dan masih mempunyai ciri Fate pada skema kawalannya. Anda mempunyai dua set aksi yang boleh digunakan iaitu: Iori dan Saber.

Sebagai Iori, anda boleh menukar gaya pertarungan yang berbeza. Dalam preview yang kami mainkan, Iori boleh menggunakan dual-sword Water Stance yang pantas dan Earth Stance yang berkuasa tetapi perlahan. Ia terasa seperti sistem yang dihasilkan dengan baik. Dengan memberikan damage yang cukup dalam satu stance, Iori boleh mengaktifkan “After Glow” yang membolehkannya untuk membuka pasif bari apabila menukar Stance. Memandangkan Iori juga seorang ahli sihir, ada beberapa sihir yang boleh digunakannya tetapi dihadkan mengikut jumlah gem yang dia miliki. Bagi kami ia tidak menjadi masalah, tetapi ia pastinya bahagian yang perlu dilihat semula untuk sistem combatnya.

Sumber: Koei Tecmo

Walaupun begitu, anda boleh menggunakan moveset yang berkaitan dengan Saber. Sebaik sahaja Saber sertai parti anda, pelbagai serangan Affinity yang akan tersedia, yang melibatkan kawalan air Saber. Tetapi anda binanya semasa bermain sebagai Iori, dan gunakannya seperti gerakan hebat untuk watak anda, kerana anda hanya bermain sebagai Saber sekali sahaja semasa preview. Itu pun hanya pada klimaks pertarungan Rider.

Sumber: Koei Tecmo

Secara konsepnya, Fate/Samurai Remnant mempunyai cara yang kukuh dan inventif untuk masukkan elemen Fate ke dalam game aksi. Dengan mempunyai alat yang membezakan Iori sebagai Samurai dan Master sememangnya idea yang menarik. Tetapi agak pelik jugalah kalau anda seorang perlu melawan ratusan musuh di sebuah kampung yang kecil.

Sumber: Koei Tecmo

Kesimpulan

Untuk kami yang sudah lama mengenali siri Fate, kami rasa bahawa Fate/Samurai Remnant mampu memberikan keseronokan kepada para peminat. Lebih-lebih lagi dengan Holy Grail War yang menjadi fokus dalam game ini. Tidak sabar untuk melihat apa yang boleh ditawarkan lagi apabila ia dilancarkan terutamanya apabila berjumpa dengan Rogue Servant nanti. Kami harap sangat Rogue Servant boleh direkrut dalam game ini kerana ia mungkin mengembangkan lagi moveset Iori termasuklah serangan Affinity seperti Berserker Slam atau pun Gae Bolg.

Fate/Samurai Remnant akan dilancarkan pada 29 September untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Switch dan PC melalui Steam. Anda boleh lawati laman web rasmi game untuk mendapatkan maklumat terbaru mengenai Fate/Samurai Remnant. Untuk mendapatkan berita lain tentang Fate daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: FATEFate/Samurai Remnant
ShareTweetSend
Previous Post

Lenovo Legion Go – Pesaing baru Steam Deck & ROG Ally dalam kategori “handheld gaming PC!”

Next Post

Black Myth: Wukong buka halaman Steam & EGS, bakal keluar pada 2024 – info lanjut!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Black Myth: Wukong buka halaman Steam & EGS, bakal keluar pada 2024 – info lanjut!

Black Myth: Wukong buka halaman Steam & EGS, bakal keluar pada 2024 - info lanjut!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd