Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fasa CBT “Ragnarok Abyss” Kini Bermula – Sertai Sekarang Untuk Pelbagai Acara & Hadiah Menarik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 12, 2025
in Action, Android, Artikel, Berita, Beta, iOS, MMO, MMORPG, Mobile, Open World, PC, RPG
0 0
0
Fasa CBT “Ragnarok Abyss” Kini Bermula – Sertai Sekarang Untuk Pelbagai Acara & Hadiah Menarik!
Share on FacebookShare on Twitter

Mulai 10 hingga 18 Disember 2025, Ragnarok Abyss, secara rasminya melancarkan fasa Closed Beta Test (CBT) untuk rantau Asia Tenggara termasuk Malaysia. Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi antara yang terawal menerokai dunia game ini. Muat turun sekarang dan sertai keseronokan dengan pelbagai acara menarik seperti acara kenaikan level dan cabaran meneka Presenter.

Dibawakan oleh Gravity Game Tech, Ragnarok Abyss adalah sebuah game Open World MMO Action-RPG yang menyokong fungsi Cross Platform. Sepanjang tempoh ujian CBT ini, selain daripada menguji kestabilan game, para pemain dijemput untuk menyertai pelbagai acara yang disediakan untuk mula berseronok sambil berpeluang memenangi hadiah-hadiah hebat.

Sebagai kemas kini, pihak pembangun pun telah berjaya membaiki server CBT, dan para pemain kini boleh menikmati pengalaman gam,eplay yang lancar. Jadi jangan tunggu lagi, sertai Ujian Beta Tertutup hari ini!

  • Muat Turun Game
  • Panduan Muat Turun & Sertai CBT
  • Jom pra-daftar!

Selami Dunia Ragnarok Abyss

Ragnarok Abyss membawakan satu pengalaman yang baru pertama kalinya diperkenalkan dalam siri Ragnarok, iaitu pengembaraan di dunia Midgards yang luas secara Open World). Sistem gameplay yang berbentuk Action-RPG memerlukan kemahiran pemain untuk menyerang, mengelak, dan menggunakan skil dengan berkesan. Di samping itu, pengembaraan anda akan diserikan lagi dengan pelbagai puzzle dan jalan cerita menarik yang perlu diselesaikan untuk mendapatkan ganjaran tambahan.

Ciri-ciri Utama:

  • Open World: Terokai dunia RO dengan kebebasan tanpa had.
  • Action-RPG: Alami sistem combat yang mendebarkan, melibatkan serangan dan pengelakan pantas.
  • PVP Adil: Sertai mod Player vs Player (PVP) yang adil, di mana sistemnya “tidak mengambil kira Combat Point”.
  • Customization Watak: Ubah suai penampilan watak anda secara bebas, daripada raut wajah sehinggalah ke set kostum.
  • Teka-Teki: Uji minda anda dengan menyelesaikan teka-teki untuk ganjaran istimewa.
  • Cross Platform: Nikmati pengalaman bermain yang lancar sama ada di peranti mobile ataupun di PC.

Acara Istimewa: Misi Pengembara CBT

Bagi memeriahkan lagi fasa ujian ini, pelbagai acara telah diatur untuk disertai oleh para pemain. Antaranya termasuklah acara kenaikan level, acara MVP Slayer, Bug Hunt, dan banyak lagi menanti anda.

  • Maklumat Lanjut Mengenai Acara: https://mobile.gnjoy.in.th/ragnarok-abyss/ragnarok-abyss-closed-beta-test-en/

Jangan Terlepas: Event FANLIGHT MISSION

Sertai juga acara eksklusif FANLIGHT MISSION yang berlangsung di laman web rasmi untuk mengumpul mata yang boleh ditebus dengan ganjaran menarik.

  • Sertai Acara di Sini: https://roabyss.com/fanlightmission

Kekal Terhubung dengan Ragnarok Abyss

Untuk mendapatkan maklumat terkini dan menjadi sebahagian daripada komuniti, ikuti mereka melalui pautan di bawah:

  • Laman web rasmi
  • Facebook
  • Discord
  • Line
Tags: BETARagnarok Abyss
ShareTweetSend
Previous Post

Demo Nioh 3 Disediakan Bulan Depan, Membawa Aksi Sebelum Pelancaran Pada Februari 2026

Next Post

GANG OF DRAGON – Game Terbaru Oleh Pencipta Yakuza Dibintangi Ma Dong-seok!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Top-Down Mobile Shooter ‘Overwatch Rush’ Memulakan Soft Launch Di Malaysia
Mobile

Game Top-Down Mobile Shooter ‘Overwatch Rush’ Memulakan Soft Launch Di Malaysia

September 4, 2026
Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius
Temuramah

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius

September 4, 2026
GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition
Berita

GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition

September 4, 2026
Next Post
GANG OF DRAGON – Game Terbaru Oleh Pencipta Yakuza Dibintangi Ma Dong-seok!

GANG OF DRAGON - Game Terbaru Oleh Pencipta Yakuza Dibintangi Ma Dong-seok!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd