Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo Nioh 3 Disediakan Bulan Depan, Membawa Aksi Sebelum Pelancaran Pada Februari 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 12, 2025
in Action, Artikel, Berita, Demo, PC, PS5, Steam
0 0
0
Demo Nioh 3 Disediakan Bulan Depan, Membawa Aksi Sebelum Pelancaran Pada Februari 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Koei Tecmo dan Team NINJA telah mengumumkan demo untuk Nioh 3 yang akan dilancarkan pada 29 Januari 2026. Pelancaran penuh game tersebut pula akan berlaku pada 6 Februari 2026 untuk PlayStation 5 dan PC melalui Steam.

Demo akan datang ini akan menawarkan pengalaman awal kepada combat kejam dan dunia mistik permainan tersebut, yang boleh dimainkan secara solo atau online multiplayer sehingga tiga pemain. Sebarang kemajuan yang dibuat dalam demo boleh dibawa ke versi penuh permainan, membolehkan pemain meneruskan perjalanan mereka untuk menjadi Shogun tanpa sebarang halangan.

Berlatarkan masa selepas peristiwa dua game dahulu, Nioh 3 memperkenalkan protagonis baharu, Tokugawa Takechiyo, cucu kepada Tokugawa Ieyasu yang terkenal. Pemain akan merentas masa untuk menyelamatkan Jepun daripada serangan iblis , dengan menggunakan senjata Samurai tradisional dan juga playstyle Ninja baharu yang lebih pantas. Game baharu ini juga akan menampilkan persekitaran open-field untuk diterokai oleh pemain.

Bagi meraikan pelancaran yang akan datang, pembeli awal Nioh 3 akan diberi ganjaran set perisai bonus eksklusif yang memberi penghormatan kepada sejarah siri. Ini termasuk “Youngblood Armor (Samurai),” yang dipakai oleh William dalam Nioh asal, dan “Lone Wolf’s Armor (Ninja),” yang digunakan oleh protagonis separa yokai, Hiddy, dalam Nioh 2. Item-item ini boleh diperoleh dengan menebus “Hellfrost Armor Set” di dalam permainan.

Here’s what’s in store for the #Nioh3 editions:
Difgital Deluxe Edition – Includes the Season Pass and the “Infernal Weapons” in-game item. Pre-order and early purchase bonus available too so don’t miss out!

Get these details and more here – https://t.co/kiPMBD6XFo pic.twitter.com/AJxW9z7C3V

— 『仁王』 Nioh_Official (@nioh_game) September 26, 2025

Pra-tempah untuk Nioh 3 kini dibuka untuk edisi fizikal dan digital. Edisi Digital Deluxe merangkumi game asas dan Season Pass, yang akan memberikan akses kepada dua DLC pada masa akan datang. Edisi SteelBook khas juga tersedia untuk pra-tempah, yang didatangkan dengan game asas dan dua DLC bonus eksklusif. Semua versi permainan disertakan dengan bonus pembelian awal, yang tersedia untuk masa terhad selepas permainan dilancarkan.

Tags: DemoNioh 3
ShareTweetSend
Previous Post

Round 1… Fight! Filem Live Action Street Fighter Akan Datang Oktober 2026 Di Malaysia!

Next Post

Fasa CBT “Ragnarok Abyss” Kini Bermula – Sertai Sekarang Untuk Pelbagai Acara & Hadiah Menarik!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI
Berita

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI

October 13, 2026
Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

Next Post
Fasa CBT “Ragnarok Abyss” Kini Bermula – Sertai Sekarang Untuk Pelbagai Acara & Hadiah Menarik!

Fasa CBT "Ragnarok Abyss" Kini Bermula - Sertai Sekarang Untuk Pelbagai Acara & Hadiah Menarik!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd