Perkenalkan Yap”xNova” Jian Wei (dua dari kiri) adalah pemain DOTA 2 wakil dari Malaysia bagi kumpulan PSG.LSG yang telah mendapat nombor dua dalam The International 2018 di Vancouver, Canada. PSG.LSG telah kalahkan pasukan kuat macam Virtus.Pro, Evil Geniuses, dan Liquid tetapi di peringkat akhir diorang kalah dengan OG, tapi sekurangnya duit diorang dapat kat tempat nombor dua tu bukan ribu tapi juta ringgit tau!
*Jom tonton Highlight The International 2018 Final OG vs PSD.LSG*
Untuk pemenang tahun ni, OG membawa pulang US$11.2 Juta kalau ditukar ke dalam duit malaysia, anggaran duit tu dalam RM46 Juta! Kalau di tempat kedua pulak, diorang dapat US$4.1 Juta dan dalam duit malaysia diorang dapat RM16 Juta dan kita tak tahu macam mana diorang nak bahagi dengan duit tersebut tapi kalau ikut akal, RM16 Juta bahagi dengan 5 orang, kita akan dapat RM3.2 juta seorang, tapi belum lagi termasuk cukai, jurulatih, banyak la juga kena tolak, tapi masih banyak duit mereka diperolehi.
Kumpulan PSG.LSG yang tahun ini mendapat nombor dua adalah pencapai yang bagus bagi diorang sebab tahun lepas kat Settle, Amerika Syarikat diorang hanya mendapat nombor empat dan disingkirkan oleh Liquid. Dan tahun depan The International 2019 akan dibuat kat Shanghai, China yang confirm ada kipas susah-mati dekat China nanti untuk support team favorite diorang, harap-harap tahun depan punya semangat competition lebih tinggi dari tahun ni.
The International 2018 tahun ni memang sambutan betul-betul hangat dan banyak upset berlaku dalam TI tahun ni. dan Esports dah makin diterima oleh pelbagai pihak dan ini satu perkara yang bagus sebenarnya sebab ramai yang pandang rendah orang yang main game ni dan anggap tak ada faedah, tapi kalau mak suruh belajar, pergi belajar jangan tak belajar pulak.
@gamersantaimy
Discussion about this post