Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Evil Dead: The Game ditunda ke tahun 2022 kerana ingin menambah mod single-player!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 6, 2021
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Evil Dead: The Game ditunda ke tahun 2022 kerana ingin menambah mod single-player!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada tahun lepas di acara The Game Awards, ramai yang teruja selepas mendengar pengumuman tentang Evil Dead: The Game. Dijelaskan sebagai permainan multiplayer co-op dan PvP, ia awalnya dijadualkan untuk keluar pada tahun 2021. Malangnya, pada awal hari ini, ia diumumkan bahawa Evil Dead: The Game terpaksa ditunda ke Februari 2022 supaya pasukan dapat menambahkan satu lagi ciri penting iaitu mod single-player.

This additional time is also allowing us to implement a single-player option that will let you enjoy the game when you are without your co-op compadres.

— EvilDeadTheGame (@EvilDeadTheGame) August 5, 2021

Walaupun Evil Dead: The Game adalah permainan multiplayer, pemaju Saber Interactive (studio di sebalik World War Z) dan penerbit Boss Team Games telah memutuskan untuk menambahkan komponen bagi mod single-player. Dengan itu, pemain akan dapat bermain secara solo dan tidak perlu menunggu rakan mereka. Buat masa ini, saya tidak jelas sama ada ini bermaksud pemain akan ditemani oleh rakan sepasukan yang dikendalikan oleh AI atau jika mereka akan bersendirian. Ia juga tidak diketahui jika Evil Dead: The Game akan menampilkan Story Mode atau seumpamanya, kerana belum ada apa-apa mod yang disahkan. Sementara menunggu, ramai peminat juga berharap untuk mengetahui lebih lanjut tentang watak, maklumat pra-pesanan, dan gameplay serta sistem mekanik.

Play as a Survivor… or choose the side of evil and take control of the vile Kandarian Demon

Summon demons and possess Deadites, fear-stricken Survivors, and even trees and Ash’s Delta as you wreak havoc in Evil Dead: The Game pic.twitter.com/hqkLKbcDh1

— EvilDeadTheGame (@EvilDeadTheGame) June 15, 2021

Dalam Evil Dead: The Game, pemain akan mengendalikan salah satu daripada sejumlah watak klasik dari seluruh francais Evil Dead , termasuk ketiga-tiga filem asli dan siri TV. Pemain harus bekerjasama untuk memerangi segerombolan Deadites menggunakan pelbagai senjata. Namun, ada juga pilihan untuk bermain sebagai Kandarian Demon dan menewaskan para ‘hero’ dengan merasuk askar Deadites, dunia persekitaran, dan ‘hero’ itu sendiri. Walaupun boleh didapati di pelbagai platform, ciri cross-play masih belum disahkan untuk permainan ini.

RelatedPosts

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius

GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

Evil Dead: The Game akan dilancarkan pada Februari 2022 untuk Nintendo Switch, PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, dan Xbox Series X/S. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Sumber – Twitter@Evil Dead

Tags: delayedditundaEvil DeadEvil Dead: The Gamesingle-player
Previous Post

Gundam Online Expo 2021 akan bermula 26 Ogos ini dengan pelbagai kandungan eksklusif baru!

Next Post

SEGA SUMMER SALE kini bermula! Lebih 50 game diskaun sehingga 80%!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius
Temuramah

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius

September 4, 2026
GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition
Berita

GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition

September 4, 2026
Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Next Post
SEGA SUMMER SALE kini bermula! Lebih 50 game diskaun sehingga 80%!

SEGA SUMMER SALE kini bermula! Lebih 50 game diskaun sehingga 80%!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd