Setiap hari Jumaat, Epic Games Store mengeluarkan sekumpulan permainan percuma baru untuk pengguna, tanpa memerlukan langganan atau bayaran lain. Hari ini juga tidak terkecuali kerana Epic telah melancarkan dua permainan percuma baru untuk dituntut oleh pengguna. Malah Epic juga mengesahkan permainan percuma pada minggu depan, yang juga akan menjadi permainan percuma terakhir untuk September 2021.
Pengguna Epic Games Store boleh menuntut Speed Brawl dan Tharsis untuk koleksi mereka. Kemudian dari 23 September hingga 31 September, mereka dapat menuntut The Escapists. Biasanya Epic memberikan dua permainan percuma dalam satu masa, jadi berkemungkinan The Escapists akan disertai dengan kejutan pada minggu depan, seperti Nioh: The Complete Edition, permainan percuma minggu lepas. Pengguna yang menuntut permainan percuma ini akan dapat menyimpan permainan tersebut selama-lamanya.
Bagi mereka yang mungkin tidak biasa dengan permainan percuma September 2021 di Epic Games Store ini, Speed Brawl digambarkan sebagai permainan pelumba aksi 2D. Speed Brawl sepatutnya menjadi permainan percuma bulan lalu, tetapi ditangguhkan pada minit terakhir kerana beberapa jenis masalah teknikal yang tidak pernah dijelaskan. Tharsis pula merupakan permainan strategi turn-based yang berlaku di ruang angkasa.
Mengenai permainan percuma minggu depan, The Escapists adalah permainan strategi untuk melarikan diri dari penjara. The Escapists masih berjaya mengembangkan peminatnya walaupun mendapat kritikan berbelah bahagi sewaktu pelancarannya pada tahun 2015. Nampak seperti permainan ini sahaja yang akan diberikan pada minggu depan tetapi Epic selalu memberikan kejutan kepada pengguna.
Permainan misteri Epic Games Store bukanlah perkara baru, kerana mereka kadang-kadang memberikan permainan kejutan seperti Nioh: The Complete Edition, dan ia juga melakukan promosi misteri. Promosi misteri ini selalu dilakukan untuk menarik minat pemain dalam acara jualan khas kedai dan juga pada waktu cuti.
Tidak dinafikan bahawa Epic Games Store telah membuat langkah untuk mendapatkan tempat di ruang permainan PC. Epic telah menambahkan ciri baru dan memberikan banyak permainan percuma untuk menambah pengguna baru dan strategi ini nampaknya akan berterusan.
Sumber: GameRant
@gamersantaimy
Discussion about this post