Hari ini, Epic Games Store menawarkan permainan 3 out of 10: Season 2 secara percuma, yang tersedia hingga 15 April. Tetapi pada minggu depan, ia akan digantikan dengan 3 permainan percuma yang terdiri dari Deponia: The Complete Journey, Ken Follett’s The Pillars of Earth, dan The First Tree!
Deponia: The Complete Journey adalah permainan point-and-click adventure yang berlangsung dalam dunia di mana yang kaya hidup di sebuah bandar terapung di langit manakala mereka yang malang, duduk di bawah yang penuh dengan sampah. Pemain akan bermain sebagai Rufus, yang membuat rancangan berani untuk melarikan diri dari kehidupan di timbunan sampah dan menjelajah kota langit. Sepanjang perjalanan, kita harus menyelesaikan pelbagai teka-teki, berinteraksi dengan NPC, dan menyelidiki dunia permainan yang eksentrik.
Sama seperti Deponia, Ken Follett’s The Pillars of Earth juga merupakan permainan point-and-click, yang mengadaptasikan buku Ken Follett. Permainan berlangsung di England pada abad ke-12, dan mengikuti tiga protagonis berbeza ketika mereka berusaha untuk membina katedral. Permainan ini membolehkan pengguna mengubah peristiwa untuk kisah terkenal mengikut pilihan, lantas mengubah nasib wataknya, dan juga menawarkan gaya 2D yang unik dan 200 latar belakang yang dilukis dengan tangan.
Akhir sekali ialah The First Tree, sebuah permainan adventure 3D di mana pemain sebagai musang yang sedang mencari keluarganya. Sepanjang perjalanan, mereka akan belajar lebih lanjut tentang kisah sejenis makhluk misteri dan hubungan anak dengan ayahnya yang terpisah. Permainan ini meminta pemain untuk meneroka persekitaran yang menarik ketika memahami temanya yang introspektif.
Ketiga-tiga permainan akan tersedia pada 15 April dan boleh ditebus sehingga 22 April. Untuk segala liputan kami tentang Epic Games Store, sila tekan pautan ini.
Sumber – The Epic Games Store
@gamersantaimy
Discussion about this post