CEO Epic Games Tim Sweeney telah mengesahkan bahawa syarikat tersebut akan terus memeterai perjanjian ekslusif dengan pembangun dan penerbit games tanpa mengira samada mereka pernah memiliki sebarangan perjanjian dengan Steam.
Dalam satu Tweet, Tim telah menjawab satu pertanyaan berkenaan game Observation; dimana sebelum ini game ini memiliki satu page di Steam store tetapi baru-baru ini memeterai perjanjian esklusif 1 tahun dengan Epic Games Store.
We've had a lot of discussions about this since GDC. Epic is open to continuing to sign funding / exclusivity deals with willing developers and publishers regardless of their previous plans or announcements around Steam.
— Tim Sweeney (@TimSweeneyEpic) April 1, 2019
Semasa GDC, ketua Epic Games store Steve Allison mengatakan syarikat mereka tidak mahu mengulangi kesilapan dengan Metro Exodus, dimana game tersebut sudahpun mengambil pra-tempahan di Steam sebelum ianya diumumkan sebagai ekslusif di Epic.
Ekoran itu, Tim mengatakan perbicangan lanjut diperlukan untuk memperhalusi strategi mereka.
Tim juga mengatakan ini membawa kepada satu kesedaran dimana semua ini harus ditentukan sendiri oleh penerbit dan pembangun game sendiri. Epic juga masih rancak dalam memeterai perjanjian ekslusif dengan banyak game yang dinanti seperti Borderlands 3. Mereka juga ada perjanjian ekslusif terhad seperti Remedy’s Control.
Tim juga berpendapat bahawa di masa depan, pembangun dan penerbit games akan datang kepada mereka dengan sendirinya.
Sumber: gameindustry.biz
@gamersantaimy
Discussion about this post