Eliphant (penganjur di sebalik GameStart Asia) telah mengumumkan Indie Wavemakers Exchange (IWX) 2026. Dijadualkan pada 10 Julai 2026 di Singapura, acara ini direka sebagai hab B2B (business-to-business) di mana pembangun game indie boleh bertemu terus dengan pihak penerbit, pelabur, dan rakan pencipta yang lain.
Berbeza dengan konvensyen lain, IWX dibina untuk menjadi satu perjumpaan yang lebih eksklusif namun berimpak tinggi. Acara ini akan diadakan di Catapult, sebuah ruang acara di Rochester Commons.
Program pada hari tersebut dibahagikan kepada tiga segmen utama:
- The Live Stage: Pakar veteran industri akan mengetuai sesi perbincangan tentang topik-topik paling penting bagi pembangun indie masa kini. Ini termasuklah cara mendapatkan tawaran penerbitan, mengurus strategi pasaran bagi tahun 2026, serta belajar daripada studio tempatan yang telah berjaya menembusi pasaran global.
- The Indie Showcase: Pembangun terpilih akan berpeluang mempamerkan game mereka yang boleh dimainkan. Ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat sendiri bakat baharu dari rantau ini, selain membolehkan pembangun mendapat maklum balas secara langsung daripada para pakar.
- The Wave Party: Sebagai penutup acara, Indie Wavemakers akan menganjurkan “Wave Party”. Sesi networking untuk jemputan sahaja ini telah menjadi identiti acara mereka sebelum ini di Singapura dan Thailand, yang terkenal sebagai ruang untuk membina hubungan kerjasama dalam suasana sosial yang lebih santai.
Info Acara & Tiket
Bagi pembangun dan profesional industri yang berminat untuk hadir, pas masuk kini sudah mula dijual.
- Tarikh: 10 Julai 2026
- Lokasi: Catapult, Ascent Auditorium (Aras 2, 1 Rochester Park, Singapura)
- Harga Tiket: SGD 55
Pendaftaran dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi Indie Wavemakers.









Discussion about this post