Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Demo Final Fantasy VII Rebirth Kini Di Xbox & Switch 2 – Boleh Main Dua Bab Pertama Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 29, 2026
in Artikel, Berita, Demo, Microsoft, Nintendo Switch 2, PC, RPG, Xbox Series X|S
0 0
0
Demo Final Fantasy VII Rebirth Kini Di Xbox & Switch 2 – Boleh Main Dua Bab Pertama Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah melancarkan demo percuma untuk Final Fantasy VII Rebirth bagi Xbox Series X|S, Switch 2, dan juga PC melalui Microsoft Store. Demo ini hadir kira-kira sebulan sebelum tarikh pelancaran penuh game tersebut di platform berkenaan pada 3 Jun nanti.

Apa yang Ada dalam Demo Ini?

Ia merangkumi dua bab pertama yang menawarkan kandungan selama beberapa jam, bermula daripada flashback sinematik hinggalah kepada penerokaan open-world.

  • Bab 1: The Nibelheim Incident – Bab ini membawa pemain kembali ke lima tahun yang lalu. Anda akan mengawal watak Cloud Strife versi muda bersama Sephiroth untuk menyiasat serangan raksasa di kampung halaman Cloud. Tarikan utama di sini sudah tentulah peluang untuk mengawal Sephiroth dalam combat menggunakan pedang Masamune miliknya.
  • Bab 2: A New Journey Begins – Selepas bab pertama, dunia permainan mula terbuka. Anda boleh meneroka kawasan Grasslands di luar kota Midgar. Bahagian ini memperkenalkan sistem combat “Synergy”, membolehkan kita menunggang Chocobo, dan mencuba permainan kad Queen’s Blood.

Square Enix turut menambah mod “Streamlined Progression” untuk demo ini. Jika hanya ingin menikmati jalan cerita tanpa perlu pening memikirkan combat, anda boleh mengaktifkan fungsi seperti HP dan MP tanpa had, ATB gauge yang sentiasa penuh, serta abiliti senjata yang lebih mudah dipelajari.

Sebarang kemajuan yang dicapai dalam demo ini boleh dipindahkan ke versi penuh apabila ia dilancarkan pada 3 Jun nanti. Selain itu, sesiapa yang mempunyai save data demo pada sistem mereka akan menerima dua barangan bonus dalam versi penuh:

  1. Kupo Charm: Aksesori yang meningkatkan jumlah sumber yang ditemui semasa meneroka.
  2. Survival Set: Koleksi barangan sembuh seperti potion dan ether untuk membantu di peringkat awal permainan.

Cara Memuat Turun

Demo Final Fantasy VII Rebirth sudah boleh dimuat turun sekarang di Xbox Store dan Microsoft Store. Bagi pengguna Switch 2 di Asia Tenggara, anda boleh mendapatkan demo ini dengan memasukkan kod berikut di Nintendo eShop: D3GM3304HQ7BBMVB.

Final Fantasy VII Rebirth merupakan bahagian kedua dalam trilogi remake, membawakan semula elemen klasik dari tahun 1997 untuk generasi baharu.

Walaupun pemain PlayStation 5 dan Steam sudah lama menikmatinya, pelancaran pada 3 Jun ini merupakan kali pertama pengguna Xbox dan Nintendo dapat menyertai Cloud, Tifa, dan rakan-rakan lain dalam misi mereka menghalang Sephiroth.

Tags: Final Fantasy VII Rebirth
ShareTweetSend
Previous Post

Black Myth: Wukong ‘2026 Global Concert Tour’ – Setiap Pembelian Tiket Ada Hadiah Eksklusif!

Next Post

Eliphant Umum Indie Wavemakers Exchange 2026 Di Singapura – Menghubungkan Dev Indie Ke Pasaran Global!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Eliphant Umum Indie Wavemakers Exchange 2026 Di Singapura – Menghubungkan Dev Indie Ke Pasaran Global!

Eliphant Umum Indie Wavemakers Exchange 2026 Di Singapura - Menghubungkan Dev Indie Ke Pasaran Global!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd