Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Elden Ring dikhabarkan sudah habis perkembangan & gameplay hampir Dark Souls!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 29, 2020
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Elden Ring dikhabarkan sudah habis perkembangan & gameplay hampir Dark Souls!
Share on FacebookShare on Twitter

Elden Ring adalah sebuah permainan yang semua orang ingin tahu lebih lagi tetapi tidak tahu apa yang sedang berlaku dengannya. Setelah pertama kali muncul di E3 2019, pemaju FromSoftware dan penerbit Bandai Namco tidak banyak berkongsi maklumat tentang judul aksi ini. Tetapi jika khabar angin baru terbukti benar, nampaknya kita akan tahu lebih lagi dalam masa terdekat.

Menurut sebuah perbualan antara streamer WesaTwitch dari Itali dan Federico Fossetti, pengembangan awal Elden Ring sudah hampir selesai. Fossetti, yang merupakan wartawan untuk media gaming Itali, mengatakan bahawa FromSoftware kini dalam fasa menggilap dengan Elden Ring dan berdasarkan tempoh masa asal, permainan ini sepatutnya sudah dilancarkan. Namun, kerana pandemik COVID-19 yang terjadi selama tahun 2020, tarikh pelancaran telah berubah.

Khabar angin tersebut menyatakan bahawa ciri-ciri Elden Ring sangat mirip dengan siri Dark Souls. Walaupun semua judul FromSoftware berkongsi sedikit gameplay yang sama, khabar angin ini menunjukkan bahawa Elden Ring “sangat-sangat” mirip dengan Dark Souls. Sekiro: Shadows Die Twice mungkin ingin menjauhkan diri sedikit daripada formula ikonik milik studio ini, tetapi Elden Ring nampaknya ingin memanfaatkan formula yang menjadikan FromSoftware begitu popular.

Disebabkan ini hanya khabar angin sahaja, pembaca tidak perlu percaya info ini 100%. Apa yang ingin saya sampaikan adalah maklumat di atas amat selari dengan beberapa khabar angin lain. Pada awal bulan ini, khabar angin lain menyatakan bahawa Elden Ring sebenarnya sudah bersedia untuk dilancarkan pada separuh pertama 2021. Walaupun belum disahkan, khabar angin ini menyakinkan lagi dengan apa yang diceritakan oleh Fossetti.

Andai kata khabar angin ini betul, ini bermakna kita akan mula mendengar dan melihat lebih banyak lagi tentang Elden Ring dalam beberapa minggu dan bulan akan datang. Buat masa ini, permainan tidak ada tarikh pelepasan rasmi tetapi akan keluar untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC.

Sumber – Reddit

Lihat di sini
Elden Ring
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: FromSoftware
Release Date TBC
Microsoft Windows, PlayStation 4, Xbox One
Elden Ring adalah RPG yang dikembangkan oleh FromSoftware dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Permainan ini adalah usaha kolaborasi antara pengarah permainan Hidetaka Miyazaki dan novelis fantasi George R. R. Martin serta akan dilancarkan untuk Microsoft Windows, PlayStation 4, dan Xbox One.
Tags: Bandai NamcoElden Ringfromsoftware
Previous Post

Bermain Cyberpunk 2077 di MSI GL65 Leopard – Perjalanan tanpa sebarang masalah!

Next Post

Filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Mugen Train kalahkan Spirited Away sebagai filem nombor 1 di Jepun!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Mugen Train kalahkan Spirited Away sebagai filem nombor 1 di Jepun!

Filem Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Mugen Train kalahkan Spirited Away sebagai filem nombor 1 di Jepun!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd