Siapa sahaja yang tidak tahu dengan MSI Gaming laptop yang sentiasa kelihatan cantik, menawan dan garang! Kali ini, kami mendapat kebocoran sumber dari Notebookcheck untuk gambar terbaru siri laptop gaming MSI GT76!
Wow! Ternyata nampak sangat menarik dari segi reka bentuknya! Siri GT76 ini hampir kelihatan sama seperti GT75 Titan tetapi lebih nipis dan lebih halus dari segi reka bentuknya. Seperti yang dapat dilihat dalam imej, bahagia pemuka laptop ini mengandungi logo naga MSI yang biasa kita lihat dan dari sisinya lampu RGB ternyata kelihatan menarik yang masih mengekalkan ciri-ciri MSI.
Tetapi dari kebocoran gambar yang diterima, kita tidak dapat melihat spesifikasi penuh laptop terbaru ini, terutama untuk pemproses cip dan GPU nya. Berkemungkinan besar ia akan menggunakan ciri enjin yang terbaru seperti 9th Gen i9 CPU dan RTX 2080 GPU.
Dari sisi nya kita juga boleh melihat pembaca kad, beberapa port USB 3.0, port USB Type-C, DisplayPort dan port HDMI.
Sampai kat sini je kami dapat mengongsikan laptop terbaru dari MSI ini, sama ada benar atau tidak ianya dari siri GT76 kita tunggu pelancarannya kelak yang sudah semestinya kami akan review!
Sumber: Notebookcheck
@gamersantaimy
Discussion about this post