Walaupun Fallout 76 dikritik apabila mula-mula dilancarkan pada 2018, sejumlah update selama enam tahun telah menjadikan Fallout 76 sebagai pengalaman yang cukup mantap untuk peminat genre survival crafting. Kini, update besar seterusnya untuk Fallout 76 akan dikeluarkan pada 3 September dengan pelancaran Milepost Zero yang mengandungi Season 18 dan pelbagai kandungan menarik lain.
Selepas update Skyline Valley pada awal tahun ini, Milepost Zero bersedia untuk memperkenalkan satu lagi kawasan baharu di dalam game. Selain itu, terdapat pelbagai ciri baharu yang bakal diperkenalkan, termasuk beberapa perubahan pada legendary crafting. Ternyata, masa depan kelihatan cerah untuk Fallout 76 dengan ketibaan Milepost Zero yang sepatutnya berbaloi untuk dicuba.
Sempena pelancaraan Milepost Zero, kami berpeluang menemu ramah Bill LaCoste selaku Ketua Producer melalui emel untuk bertanya lebih lanjut tentang kemas kini terbaharu Fallout 76. Berikut adalah isi kandungannya.
Milepost Zero akan menjadi update utama yang ke-20 untuk Fallout 76. Melihat semua update sebelum ini, apakah perubahan paling penting yang telah dibuat dalam game setakat ini dan akan terus diteroka lebih jauh ?
Bill LaCoste: Ada terlalu banyak untuk dipilih kerana sepanjang 50 lebih update, kami mengembangkan dunia Appalachia dengan cara yang besar!
Walau bagaimanapun, beberapa yang paling berkesan termasuk Wastelanders, kerana ia menetapkan tapak agar kehidupan kembali ke Appalachia, dan Steel Dawn apabila Brotherhood of Steel memasuki Appalachia, meluaskan kisah pendatang baru yang tiba di rantau ini.
Sejak itu, kami telah menambahkan Expedition ke dalam The Pitt dan Atlantic City, dan kemudian mengembangkan wilayah itu ke Shenandoah National Park dengan update Skyline Valley.
Terdapat satu quest yang memfokuskan pada Blue Ridge Caravan Company di mana pemain boleh mengalami kehidupan mempunyai karavan sendiri. Adakah ini juga akan membuka lebih banyak peluang expnasion besar di sekeliling mereka?
Bill LaCoste: Ia benar-benar boleh. Karavan telah menjadi kebiasaan dalam dunia Fallout sejak awal, jadi bukan sahaja untuk 76 sekarang, tetapi mengembangkan sistem ini pada masa hadapan, sememangnya sesuatu yang kami ingin lakukan, tetapi tidak mempunyai sebarang rancangan buat masa sekarang.
Legendary Crafting ialah satu lagi tambahan utama kepada Fallout 76. Apakah idea utama di sebalik sistem baharu ini dan persediaan sebelum membawanya ke Public Test Server?
Bill LaCoste: Matlamat di sini adalah supaya pemain tidak perlu bergantung sepenuhnya untuk RNG yang sempurna bagi sekeping peralatan.
Dengan sistem baharu ini, pemain dapat mengambil beberapa item legendary mereka dan ‘scrap’ kannya untuk peluang mempelajari resipi bagi efek legendary. Sebaik sahaja mempunyai resipi, melalui workbench, mereka boleh mengaplikasikan efek itu pada item lain jika mempunyai bahan yang diperlukan.
Pemain juga mempunyai peluang semasa proses ‘scrapping’ untuk mendapatkan module legendary sekali guna yang boleh digunakan pada item lain. Sistem ini juga menggalakkan lebih banyak pertukaran di kalangan pemain.
Pemain akan mempunyai akses kepada sistem baharu di mana mereka boleh upgrade dan menghias outpost. Pada pendapat anda, betapa pentingnya penambahan sistem outpost baharu ini, terutamanya untuk Milepost Zero secara keseluruhan?
Bill LaCoste: Ia amat penting – pemain akan mahu menambah dan upgrade vendor kepada outpost. Brahmin Tamer terutamanya kerana itu akan membolehkan pemain meningkatkan brahmin mereka untuk menguruskan karavan yang lebih sukar.
Berbanding dengan semua update ini, bagaimanakah cabaran semasa proses keseimbangan kepada sistem pertempuran kali ini?
Bill LaCoste: Kini lebih mudah kerana pasukan gameplay dan sistem kami telah membetulkan banyak isu yang akan merumitkan perkara ini pada masa lalu. Kini kita berada di bahagian di mana kita mengalami ‘combat difficulty’ yang lebih lancar, lebih boleh diramal, kekuatan/kelemahan makhluk yang lebih intuitif dan pertempuran yang menarik di semua peringkat.
Kami membuat perubahan kepada beberapa makhluk yang kami rasa memerlukannya dengan segera seperti cave cricket, gulper, floater dan protectron. Hasilnya ialah damage kepada pemain mengalami perubahan lebih lancar apabila mereka naik level, dan damage yang dilakukan pemain kepada makhluk itu tidak mengalami penurunan drastik atau ekstrem melalui level.
Untuk update seterusnya, kami telah membuat pelarasan kepada lebih banyak makhluk, dan telah membuat beberapa perubahan yang bagus untuk efek damage dari masa ke masa.
Selain permulaan Season 18 yang mempunyai beberapa perubahan besar/kandungan baharu, adakah ada sebarang sorotan utama lain yang pemain boleh nantikan daripada Milepost Zero?
Bill LaCoste: Sudah tentu! Kami sudah bercakap tentang Milepost Zero, Legendary Crafting dan keseimbangan kepada pertempuran, tetapi kami juga menambah Best Builds, yang membolehkan pemain membuat dan menyerahkan C.A.M.P. yang boleh diundi oleh pemain lain dan membenarkan ciptaan tersebut dilihat oleh pemain lain merentasi dunia berbeza.
Kami juga menambah Vendor History, supaya pemain boleh melihat senarai item yang mereka jual dalam C.A.M.P. dan kepada siapa.
Apakah maklum balas terpenting yang masih diuruskan oleh pasukan terutamanya untuk update baharu ini?
Bill LaCoste: Setakat ini, masih belum banyak kerana kami telah menguruskan sebahagian besar daripadanya, dan merancang untuk mengeluarkan update ini pada awal September. Kami pada dasarnya telah mengunci keluaran itu dan menantikan maklum balas langsung!
Maka, tamatlah interviu ini! Terima kasih kepada Bill LaCoste selaku Ketua Producer kerana sudi menjawab semua soalan kami. Bagi mereka yang berminat, Fallout 76 kini tersedia untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam dan Bethesda Launcher manakala update Milepost Zero akan dilancarkan pada 3 September.
Maklumat lanjut boleh didapati di laman web rasmi di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post