Baru-baru ini, HoYoverse mengumumkan bahawa Honkai: Star Rail Version 2.5, yang bertajuk “Flying Aureus Shot to Lupin Rue,” akan dikeluarkan pada 10 September. Update ini memperkenalkan upacara Wardance yang ditunggu-tunggu, bersama beberapa musuh baharu yang kuat. Namun, pemain akan berpeluang untuk merekrut beberapa rakan baharu, termasuk Feixiao, Lingsha, dan Moze, untuk bantu dalam perjuangan.
Di bawah adalah trailer rasmi:
Feixiao
Feixiao, salah seorang daripada Seven Arbiter-General akan memasuki medan perang sebagai watak 5★ Wind dan The Hunt. Terkenal dengan sifatnya yang tidak terkawal dan berterus terang, Feixiao mahir dalam semua bentuk seni tempur, setelah melatih dirinya menjadi senjata unggul.
Selepas rakan sepasukannya menyerang musuh, dia follow-up dengan serangan yang kuat. Dia mengumpul “Flying Aureus” dengan setiap beberapa serangan. Apabila melancarkan Ultimate, Feixiao menggunakan Flying Aureus dan melakukan beberapa serangan kuat ke atas musuh dengan gunblade atau battle-axe miliknya. Serangan ini mengurangkan Toughness musuh sambil memintas Weakness Type mereka dan meningkatkan Weakness Break Efficiency milik Feixiao.
Lingsha
Satu lagi watak yang dinanti-nantikan ialah Lingsha, watak 5★ Fire dan Abundance.
Dalam pertempuran, Lingsha akan menyeru Fuyuan, binatang yang dicipta oleh kemenyan. Fuyuan membantu dalam pertempuran, tetapi hilang selepas beberapa tindakan. Lingsha boleh menggunakan Skill untuk melanjutkan tindakan Fuyuan, membolehkannya melakukan serangan susulan. Serangan ini bukan sahaja mencederakan semua musuh, tetapi juga menghilangkan satu debuff daripada sekutu dan memulihkan HP mereka. Apabila Lingsha menggunakan Ultimate, dia melakukan damage kepada semua musuh, menyembuhkan semua sekutu, dan menimbulkan keadaan ‘Befog’, yang meningkatkan Break damage pada musuh.
Moze
Selain itu, Moze, watak 4★ Lightning dan The Hunt, akan membuat penampilan sulungnya sebagai watak yang boleh dimainkan.
Dalam pertempuran, dia menandakan satu musuh sebagai Prey dan kemudian memasuki Departed state semasa Prey berada di medan perang. Selepas sekutu menyerang Prey, Moze melakukan damage tambahan. Selain itu, Ultimate-nya melakukan damage kepada musuh dan melancarkan serangan follow-up.
Event
Warp Event khas akan bermula pada separuh pertama Version 2.5, menampilkan kepulangan watak 5★ terhad – Robin, Black Swan dan Kafka. Kiraan Warp untuk watak 5★ yang dijamin akan dikongsi di semua banner rerun dan limied. Menukar antara banner tidak akan reset kiraan Warp. Di separuh kedua Version 2.5, watak 5★ Topaz akan mendapat rerun.
Bagi mereka yang berminat, Honkai: Star Rail kini tersedia pada PC, iOS, Android, Epic Games Store dan PS5, manakala update Version 2.5 akan dilancarkan pada 10 September nanti.
Korang boleh layari laman web rasmi untuk info lanjut.
@gamersantaimy
Discussion about this post