Tidak boleh dinafikan, semua orang mengganggap bahawa sebuah JRPG perlulah menarik secara visual. Dengan tema fantasi atau dongeng, dunia dan watak-wataknya perlulah serta merta menarik perhatian orang ramai walaupun hanya sekilas pandang. Untuk aspek ini, pujian harus diberikan kepada Visions of Mana, yang ternyata memberi dunia fantasi yang semua orang inginkan.
Merupakan entri terkini dalam francais Mana, ia juga adalah game terbaharu dalam siri utama sejak tahun 2006 (francais ini mempunyai banyak remake, remaster dan spinoff). Dengan tempoh rehat yang cukup lama, nasib baiklah pencipta Square Enix memanfaatkan masa itu untuk memberi gambaran visual paling terbaik setakat ini untuk sebuah game Mana.
Di sini, kami berjaya mendapat temu bual eksklusif secara e-mel bersama Oyamada Masaru selaku Producer Visions of Mana untuk bertanya lebih lanjut tentang proses pembangunan game ini. Walaupun ringkas, isinya cukup bermaklumat.
Pertama sekali, umum mengetahui bahawa Ouka Studios, yang merupakan anak syarikat NetEase, turut terlibat dalam pembangunan game ini. Ini merupakan kerjasama yang tidak dijangka, terutamanya kerana mereka adalah studio baharu yang kini perlu menguruskan game baharu untuk francais yang begitu ikonik. Kami bertanya kepada Masaru-san, “mengapa anda memilih mereka sebagai pembangun.”
Masaru-san menjawab, “semasa menerima persembahan demo teknikal daripada Ketua Studio Tetsuya Akatsuka, beliau menjadi sangat berminat dengan aspek teknikal yang dimiliki oleh Ouka Studios.”
“Tambahan pula, selepas mendengar pelbagai perbincangan tentang matlamat mereka untuk struktur di mana kakitangan Jepun dan China boleh memanfaatkan kekuatan masing-masing, beliau merasakan ini berpotensi untuk membawa siri ke tahap yang lebih tinggi.”
Merupakan kekuatan utama, visual Visions of Mana cukup menakjubkan, terutamanya reka bentuk dunia dan persekitaran apabila dibandingkan dengan majoriti game lain dengan motif fantasi yang sama. Kami bertanya bagaimanakah proses semasa mencari reka bentuk terbaik untuk game tersebut dan sama ada terdapat sebarang cabaran tertentu yang benar-benar sukar?
Masaru-san berkata bahawa jawapannya masih berkaitan dengan jawapan sebelum.
Apabila saya mula-mula melihat demo model watak yang kelihatan serupa seperti ilustrasi HACCAN dan ekspresi natural yang menangkap Mana Tree lukisan Hiroo Isono, saya mempunyai tanggapan yang kuat bahawa jika raksasa [oleh] Koichi Ishii berada dalam persekitaran ini , ia benar-benar akan menjadi dunia untuk siri Mana.
Secara keseluruhan, penantian peminat untuk game terbaru Mana sememang berbaloi!
Dalam reviu, kami berkata sama ada anda ialah peminat veteran atau pemain baru, Visions of Mana benar-benar cukup berkualiti. Walaupun lebih kagum dengan visualnya yang menakjubkan, terdapat pelbagai aspek lain yang menjadikan game ini sangat menonjol seperti penerokaan yang penuh ganjaran, sistem kelas unik yang unik, dan sensasi pengembaraan melalui kisah fantasi klasik.
Bagi mereka yang berminat, Visions of Mana akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PlayStation 4 dan PC melalui Steam dan Microsoft Store pada 29 Ogos di seluruh dunia. Untuk pre-order, sila tekan SINI! Buat masa ini, anda boleh mencuba versi demo yang tersedia sekarang.
@gamersantaimy
Discussion about this post