Berikutan Deep Dive pertama untuk EA Sports WRC yang berkongsi maklumat tentang ciri-ciri gameplay, hari ini EA berkongsi maklumat lanjut tentang game mode yang yang ditawarkan apabila game itu dikeluarkan pada 3 November untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC melalui EA App, Epic Store dan Steam.
Deep Dive kedua ini menjelaskan secara terperinci tentang Career, Moments, Multiplayer dan banyak lagi dalam EA Sports WRC.
Career
Career ialah pengalaman teras dalam WRC, di mana pemain sasar untuk memimpin pasukan mereka ke arah kemenangan menentang pemandu, kereta dan pasukan rally terbaik dunia. Pilihan pertama adalah menentukan di tangga WRC mana untuk memulakan musim pertama mereka.
Ingin membina legasi merentas berbilang kelas? Mulakan perjalanan dengan Junior WRC, kerana kereta Rally3 adalah permulaan yang bagus untuk pemain baharu. Sebagai alternatif, pemain boleh bermula di WRC 2, atau melompat terus ke kereta Rally1 dalam kelas persaingan teratas.
Selepas pemilihan kelas awal, pemain akan memulakan proses mencipta pasukan rally sendiri. Bermula dengan jenama pasukan, termasuk nama dan warna, sebelum bertemu dengan Chief Engineer dan Benefactor.
Sepanjang perjalanan, pasukan akan bekerja bersama Benefactor yang menyediakan pembiayaan, matlamat dan objektif yang perlu dicapai pada setiap musim. Memandu dengan baik akan menghasilkan modal yang lebih besar untuk masa depan serta keupayaan untuk mengupah rakan sepasukan, merekrut lebih ramai jurutera, memperoleh kereta baharu dan banyak lagi.
Kalendar menjejaki semua rally yang akan datang, acara khas, peristiwa penting dan banyak lagi. Pemain bukan sahaja dapat memandu banyak kereta dari dunia rally, mereka juga boleh membina dan customize kereta sendiri.
Builder
Pemain boleh reka dan mencipta kereta rally sendiri dalam mode Builder.
Pilihan pertama ialah kelas mana untuk bertanding; WRC, WRC2 (termasuk acara Rally2) atau Junior WRC. Pemain kemudian akan ditugaskan untuk membina kereta mengikut peraturan setiap kelas, supaya ia boleh seimbang secara adil dan kompetitif dengan kereta dunia sebenar.
Apabila kelas diputuskan, pilihan beralih kepada susun atur enjin kereta, yang mempengaruhi keseimbangan berat dan ciri pemanduan. Sebagai contoh, enjis kereta kelas pertengahan mungkin mempunyai lebih banyak potensi, tetapi kos pembinaannya lebih mahal dan boleh menjadi terlalu mencabar untuk dipandu.
Kemudian, beralih ke pelbagai komponen mekanikal. Setiap bahagian mempunyai ciri tersendiri; sesetengahnya akan berkualiti tinggi, ada yang membenarkan penalaan custom, tetapi bajet juga perlu dipertimbangkan untuk mengurangkan kos keseluruhan kereta.
Aspek mekanikal kereta melengkapkan langkah terakhir untuk menentukan penampilan. Segala-galanya daripada bumper, spoiler dan rim tayar kepada butiran yang lebih kecil seperti pin badan, lampu dan salur udara boleh ditukar.
Malah, terdapat pilihan untuk menukar rupa dalaman setiap kereta, untuk membolehkan pemain mencipta kereta unik yang bersedia untuk menghadapi Career, Time Trial Clubs, dan banyak lagi.
Moment
Sepanjang 50 tahun sejarah FIA World Rally Championship, kami telah menyaksikan pelbagai detik-detik hebat dan ikonik yang tidak terkira banyaknya, daripada persembahan yang sangat dominan kepada pemanduan epik. Banyak daripada detik-detik ini boleh dialami secara langsung dalam mode Moments, pada masa yang sama mempelajari lebih lanjut tentang sejarah sukan sambil turut mengikuti era semasa WRC.
Moments baharu akan ditambahkan pada EA Sports WRC secara konsisten (jika boleh, setiap hari), untuk mencabar pemain melengkapkan senario dan acara yang terikat dan diilhamkan oleh rally dunia sebenar.
Setiap Moment meminta pemain memandu kereta tertentu pada titik yang tidak dapat dilupakan dalam sejarah rally, dan mencabar mereka untuk melengkapkan misi dan mencapai sasaran. Pingat diperoleh berdasarkan prestasi, di mana keputusan boleh dikongsi ke leaderboard global, membolehkan pemain membandingkan prestasi dengan rakan atau menentang pemain terbaik dunia.
Moment boleh dimainkan semula pada bila-bila masa, membenarkan pemain untuk kembali dan menghadapi mana-mana senario yang terlepas.
Regularity Rally
Satu lagi cara untuk menikmati EA Sports WRC ialah dengan mencuba Regularity Rally, satu bentuk perlumbaan alternatif yang terdapat dalam beberapa mode dalam game.
Tidak seperti stage rally, Regularity Rally tidak memerlukan pemandu untuk menyelesaikan perlumbaan dalam masa terpantas yang mungkin. Sebaliknya, matlamatnya adalah untuk memandu melalui litar pada purata kelajuan tertentu, di mana pemarkahan berdasarkan jarak pemanduan paling hampir dengan matlamat ini.
Co-driver akan menjelaskan jalan di hadapan dengan pace note unik berbanding stage rally, dan menasihati pemandu sama ada mereka berada di atas atau di bawah sasaran prestasi. Ini adalah cara yang bagus untuk meneroka litar rally baharu sambil mengasah kemahiran secara umum.
Rally School
Rally School ialah tempat yang sesuai untuk memulakan perjalanan EA Sports WRC, dan mengajar semua kemahiran asas yang diperlukan untuk memandu kereta rally.
Dalam game, pemandu akan dapat memilih daripada beberapa kelas memandu asas, dan memperoleh pingat berdasarkan prestasi mereka. Mendapat emas dalam semua misi akan menjadi kunci untuk mencapai kejayaan menjadi juara.
Selain itu, setiap misi boleh dipandu pada asfalt, batu atau salji, membolehkan pemain membandingkan dan membiasakan diri memandu di permukaan yang berbeza. Pengalaman ini akan berguna memandangkan game ini mempunyai banyak lokasi, musim dan jenis permukaan.
Championship
Championship ialah pengalaman single-player tradisional WRC, yang mereplikasi musim daripada dunia sebenar.
Pilih kereta dan pemandu dunia sebenar, dan ikuti kalendar 2023 FIA World Rally Championship dalam kelas WRC, WRC2 dan Junior WRC.
Pemain juga boleh customize tempoh kejohanan, di mana pilihan ada untuk kempen yang lebih pendek dengan kemajuan pantas untuk pengalaman musim penuh.
Quick Play Solo
Quick Play membolehkan pemain membuat acara custom sendiri, dan membuka semua pilihan dalam game untuk kebebasan penuh.
Pilih segala-galanya daripada kelas kereta kepada musim, jumlah peringkat, masa dan cuaca. Pemain juga boleh mencipta kejohanan yang menggabungkan acara Rally dan Regularity Rally.
Sebagai alternatif, sesi Quick Play yang dijana secara rawak tersedia di mana game akan secara automatik memilih kelas dan acara.
Quick Play Multiplayer
Quick Play Multiplayer adalah untuk perlumbaan bersama rakan-rakan dan pemain lain secara online. Sama seperti Quick Play Solo, pemain boleh bersaing secara real-time dengan sehingga 32 pemain, bersama dengan sokongan cross-platform. Ini adalah empat kali lebih besar daripada lobi DiRT Rally 2.0, yang boleh menempatkan maksimum 8 pemain pada satu platform.
Club
Club ialah salah satu ciri paling popular dalam DiRT Rally 2.0 (dan kadangkala digunakan oleh pemandu dunia sebenar untuk bersaing dengan peminat).
Ini adalah acara multiplayer cross-platform di mana jumlah pemain tanpa had boleh bersaing. Pemain boleh menyertai acara ini pada bila-bila masa mereka suka, di mana keputusan ditambahkan pada leaderboard dalam Club.
Pemain boleh menggunakan alatan penciptaan yang serupa dengan mode Quick Play (Club tidak menyokong Regularity Rally) dan menetapkan acara untuk berlangsung lama atau pendek mengikut pilihan.
Time Trial
Time Trial ialah satu lagi mode popular di DiRT Rally 2.0 yang masuk ke EA SPORTS WRC. Seperti namanya, ini adalah perlumbaan untuk mengejar masa yang paling pantas.
Livery Editor & Customization
Majori kereta dalam game boleh mengubah penampilannya dengan Livery Editor, termasuk semua kereta yang dibuat dengan Builder. Pilih daripada set corak, ubah warna dan kemasan serta tambah pelekat dan dekal untuk menjadikan kereta rally anda lebih menonjol berbanding yang lain.
Akhir sekali, model pemandu juga boleh mengubah penampilan. Pilih daripada pelbagai model watak, dan hiaskan dengan pilihan topi keledar, topi, sarung tangan dan sut perlumbaan. Gear baharu boleh dibuka melalui Rally Pass dengan memperoleh XP sepanjang permainan.
Tersedia untuk pre-order sekarang
EA SPORTS WRC akan dilancarkan pada 3 November 2023 di PlayStation 5, Xbox Series dan PC (Steam, Epic Games Store, EA App).
Sesiapa yang pre-order EA SPORTS WRC akan menerima setiap satu daripada lima VIP Rally Pass yang mengandungi kandungan tambahan selepas pelancaran, serta tiga vanity pack yang terdiri daripada livery apparel, dan tiga hari akses awal kepada game bermula 31 Oktober 2023.
Baca segala liputan kami tentang game ini di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post