Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

EA Sports WRC Akan Tambah VR Beta Untuk Semua Pemain PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 26, 2024
in Artikel, Berita, PC, Sukan/lumba, VR
0 0
0
EA Sports WRC Akan Tambah VR Beta Untuk Semua Pemain PC
Share on FacebookShare on Twitter

Diberitahu oleh Electronic Arts Inc (EA) sendiri kepada kami, mereka telah mengumumkan penambahan menarik kepada pengalaman gaming EA SPORTS WRC. Mulai 30 April, ciri VR yang dinanti-nantikan akan tersedia sebagai update percuma untuk semua pemain PC EA Sports WRC melalui aplikasi Steam, Epic dan EA melalui headset yang serasi, demi menawarkan cara baharu sepenuhnya kepada pemain untuk mengalami dunia perlumbaan rally.

Kredit: EA

EA SPORTS WRC ialah game rasmi pertama FIA World Rally Championship yang menawarkan pengalaman VR. Penambahan baharu itu direka untuk membawa pengalaman pemain WRC ke tahap keasyikan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, untuk membawa mereka lebih dekat berbanding sebelum ini kepada keseronokan memandu kereta rally.

“Kami sangat teruja untuk membawa VR ke EA Sports WRC”, kata Pengarah Kreatif, Matthew Battison, “Dengan VR, pemain akan dapat mengalami rally secara langsung melalui mata pemandu dan melibatkan diri sepenuhnya dalam pengalaman mencabar yang ditawarkan oleh WRC . Mereka akan dapat merasakan adrenalin apabila mereka mencapai kelajuan yang luar biasa dan melakukan lompatan menentang graviti di tanah asfalt, batu kelikir dan salji, sambil mendalami persekitaran yang sangat terperinci di 18 lokasi permainan.”

Kredit: EA

Tambahan VR menyokong semua mode single dan multiplayer dalam game. Pelbagai headset akan serasi dengan EA SPORTS WRC, termasuk Meta Quest 3, Meta Quest 2, Meta Quest Pro, Valve Index, Oculus Rift S, Oculus CV1 dan HTC Vive.

Butiran lanjut mengenai perkakasan, tetapan dan konfigurasi yang dicadangkan, mode dan ciri paparan, akan diumumkan di blog mereka di SINI.

Selain PC, EA SPORTS WRC juga boleh didapati di PlayStation 5, dan Xbox Series. Anda boleh baca preview kami di SINI.

Tags: EA Sports WRCvr
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Anime Haikyu: The Dumpster Battle Akan Tayang Pada 16 Mei Di Malaysia [UPDATE]

Next Post

Demon Slayer: Sweep the Board Boleh Didapati Sekarang Di Nintendo Switch!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati
Fakta & Trivia

Di China, Anda Boleh Tinggalkan Akaun Game & Aset Maya Kepada Keluarga Selepas Mati

July 17, 2026
GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran
Berita

GTA VI Berpotensi Kutip Sehingga $5.2 Bilion Dalam Minggu Pertama Pelancaran

July 17, 2026
Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit
Mobile

Mengapa Ramai Sangat Benci Digimon UP? Promosi Acah V-Pet, Realiti Lebih Perit

July 17, 2026
Next Post
Demon Slayer: Sweep the Board Boleh Didapati Sekarang Di Nintendo Switch!

Demon Slayer: Sweep the Board Boleh Didapati Sekarang Di Nintendo Switch!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd