UPDATE: Filem Anime Haikyu: The Dumpster Battle akan ditayangkan di GSC tertentu sahaja. Peminat kini boleh tempah tiket lebih awal di lokasi-lokasi berikut:
- GSC Mid Valley
- GSC Aurum Theatre, TRX Exchange
- GSC Lalaport BBCC
- GSC Eko Cheras
- GSC Nu Sentral
- GSC MY Town
- GSC Melawati Mall
- GSC Setapak Central
- GSC Lotus’s Kepong
- GSC 1-Utama
- GSC The Starling Mall
- GSC Tropicana Gardens
- GSC Paradigm
- GSC Setia City Mall
- GSC Subang Parade
- GSC 101 Mall
- GSC 101 City Mall 1
- GSC Ipoh Parade Mall
- GSC Palm Mall Seremban
- GSC Aeon Bandaraya Melaka
- GSC 101 Mall Kulai
- GSC Square One, Batu Pahat
- GSC Sunway Iskandar
- GSC Paradigm JB GSC Southkey JB
- GSC Kluang
- GSC Gurney Plaza
- GSC Queensbay
- GSC Sunway Carnival
- GSC Aman Central
- GSC Aman Jaya
- Gsc Kulim Central
- GSC East Coast Mall
- GSC Mentakab
- GSC Suria
- GSC Imago KK
- GSC Bintang Megamall
- GSC City One Kuching Mall
- GSC The Spring Bintulu
- GSC The Spring Kuching
Artikel asal adalah seperti berikut:
Sebelum ini kami dapat berita bahawa filem anime Haikyu: The Dumpster Battle akan ditayangkan di Malaysia pada bulan Mei. Akhirnya semalam kita dapat pengesahan rasmi bahawa Haikyu: The Dumpster Battle akan datang ke Malaysia pada 16 Mei.
Berita ini diumumkan di X oleh halaman rasmi Haikyu, yang anda boleh lihat di bawah.
Bukan itu sahaja, GSC turut mengumumkan berita yang sama serta mengacahkan fan screening. Maklumat tentang fan screening tidak didedahkan tetapi maklumat lanjut pasti akan menyusul dalam masa terdekat.
Bagi mereka yang kurang tahu, dua filem anime Haikyu telah diumumkan pada tahun 2022, yang akan berfungsi sebagai finale untuk siri ini. Filem pertama Haikyu: The Dumpster Battle adalah yang pertama dan sebenarnya telah dikeluarkan pada 16 Februari 2024 di Jepun.
Berikut adalah sinopsis:
Karasuno High School berjaya melalui peringkat awal di wilayah Miyagi untuk Harutaka Volleyball Tournament, yang penuh dengan pasukan yang kuat, dan mara ke pusingan ketiga dengan mengalahkan Inarizaki High School, wakil wilayah Hyogo, yang dianggap sebagai salah satu pilihan popular untuk kejohanan itu.
Musuh terbaru mereka adalah Nekoma High School. Perlawanan itu dipanggil “Battle at the Garbage Dump” kerana nama “gagak” dan “kucing” berdasarkan nama sekolah. Gaya permainan mereka bertentangan sama sekali; Karasuno sangat ofensif, manakala Nekoma adalah pasukan pertahanan. Mereka akhirnya akan menghadapi perlawanan rasmi pertama mereka, dan akan terlibat dalam perlawanan hangat di pentas kejohanan kebangsaan.

Filem ini dihasilkan oleh Production I.G dan diarahkan oleh Susumu Mitsunaka, pengarah yang turut menghasilkan musim pertama sehingga musim ketiga siri.
Buat anda yang masih belum menonton siri ini, terdapat empat musim tersedia di pelbagai platform rasmi untuk menontonnya. Jadi bolehlah tontonnya dahulu sebelum filem ini tiba di pawagam.
Baca segala berita kami tentang Haikyu di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post