Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

EA SPORTS FC 25 Kini Tersedia di Malaysia! Kumpul Skuad Impian Anda Sekarang!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 1, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
EA SPORTS FC 25 Kini Tersedia di Malaysia! Kumpul Skuad Impian Anda Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

Electronic Arts Inc. mengajak pemain di seluruh dunia untuk mengalami inovasi gameplay baharu dan pengalaman sosial melalui FC IQ dan Rush dengan EA SPORTS FC 25, yang kini tersedia untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, PC, dan Nintendo Switch.

EA SPORTS FC 25 komited terhadap kejohanan terbesar, kelab, dan bintang-bintang bola sepak – termasuk lebih daripada 19,000+ atlet di lebih 700+ pasukan dalam lebih daripada 120 stadium dan 30+ liga, disokong oleh lebih daripada 300 rakan kongsi bola sepak global.

Ia adalah satu-satunya tempat di mana peminat boleh bermain di kejohanan ikonik seperti UEFA Champions League, UEFA Europa League, UEFA Europa Conference League, CONMEBOL Libertadores, Premier League, Bundesliga, dan LALIGA EA SPORTS, semuanya dalam satu game, termasuk UEFA Women’s Champions League, Barclays Women’s Super League, National Women’s Soccer League, Arkema Première Ligue, Liga F, dan Google Pixel Frauen-Bundesliga.

Cara Baru untuk Bermain dan Menang Bersama dengan Rush

Dimasukkan dalam Ultimate Team, Clubs, Kick-Off dan Career Mode dalam EA SPORTS FC 25, Rush adalah pengalaman 5v5 baharu yang menggunakan kawalan gameplay dan mekanik bola sepak sebenar seperti dalam perlawanan 11v11.

Pemain boleh turun ke padang bersama rakan dalam kumpulan empat orang dan seorang penjaga gol yang dikawal AI untuk menguji keserasian mereka dalam pelbagai jenis game.

Dalam pengalaman single player di Manager Career, Rush membolehkan pemain mengawal pembangunan Youth Academy mereka sepanjang musim dengan kejohanan 5v5 yang boleh dimainkan.

FC IQ Membawa Bola Sepak ke Tahap Seterusnya

FC IQ akan mengubah asas taktikal permainan untuk memberikan kawalan yang lebih strategik, rakan sepasukan yang lebih bijak, Player Role individu, dan pergerakan kolektif yang lebih autentik dalam setiap perlawanan 11v11.

Model AI baharu yang dipacu oleh data dunia sebenar daripada beberapa pasukan terbaik dalam bola sepak, FC IQ mempengaruhi cara pemain berfikir dan bertindak di atas padang melalui Player Role baharu.

Taktik pasukan dan pergerakan kolektif yang lebih realistik memodenkan kedudukan di kedua-dua hujung padang, yang mengubah cara setiap pasukan bermain, menawarkan lebih variasi dari perlawanan ke perlawanan.

Pada masa yang sama, ada pelbagai kemas kini dan inovasi baharu dalam Career Mode, Football Ultimate Team, dan Clubs. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi di SINI.

Tags: EA SPORTS FC 25
ShareTweetSend
Previous Post

[TGS24] Tokyo Game Show 2024 Pecah Rekod Baharu Untuk Jumlah Pengunjung!

Next Post

PUBG Mobile & Tekken 8 Bergabung Untuk Acara Crossover!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
PUBG Mobile & Tekken 8 Bergabung Untuk Acara Crossover!

PUBG Mobile & Tekken 8 Bergabung Untuk Acara Crossover!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd