Butiran penting tentang gameplay di Final Fantasy 7 Remake dan pandangan pertama pada Marvel’s Avengers ialah antara kemuncak pada briefing persidangan media Square Enix di E3 tahun ini termasuk pengumuman-pengumuman kecil mengenai keluaran global untuk JPRG klasik milik mereka. Ini lah rumusannya.
Marvel’s Avengers hasil Crystal Dynamics akan keluar pada 15 Mei, 2020
Korang boleh bermain antara lima watak iaitu Captain America, Thor, Hulk, Black Widow, dan Iron Man dan Square Enix akan kekal mengeluarkan content bagi game ini untuk beberapa tahun. Marvel’s Avengers mempunyai four-player co-op, dan setiap watak atau map yang ditambah ke dalam game ini ialah percuma. Tiada lootbox rawak atau senario pay-to-win akan berlaku dan Marvel’s Avengers boleh didapati di Xbox One, PlayStation 4, PC, dan Stadia.
E3 2019 Square Enix: Marvel’s Avengers ialah Loot Game beserta Gear Customization!
Final Fantasy 7 Remake dipecahkan kepada episod-episod
Episod pertama akan keluar pada 3 Mac dan mengandungi bahagian Midgar daripada game original, yang telah dikembangkan dalam remake ini. Ia akan dalam dua cakera Blu-ray. Selain itu, Square Enix juga jelaskan bagaimana sistem pertempuran di dalam game berfungsi.
E3 2019 Square Enix: Gameplay Final Fantasy 7 Remake baru didedahkan di E3!
Final Fantasy 8 akan Remastered
Risau sangat ya korang game ni tak menerima apa-apa perubahan. Final Fantasy 8 Remastered akan keluar di PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, dan Windows PC pada tahun ini!
E3 2019 Square Enix: Final Fantasy 8 Remastered akan hadir di PS4, Xbox One, Switch & PC!
Romancing SaGa 3 dan Saga: Scarlet Grace Ambitions akhirnya akan meninggalkan Jepun
Satu JRPG klasik di NES, Romancing SaGa 3 akan menerima remake hebat dengan seni pixel original, muzik, dan lain-lain! Akan tiba di PlayStation 4, PlayStation Vita, Nintendo Switch, Xbox One, iOS, dan Android.
Manakala judul terkini dalam francais RPG SaGa, SaGa: Scarlet Grace telah keluar untuk Vita di Jepun beberapa tahun dulu, tetapi juga akan mengikuti moyangnya ke pelantar antarabangsa di PlayStation 4, Nintendo Switch, PC Steam, iOS, dan Android dengan penambahan judul “Ambitions”.
Outriders ialah co-op shooter baru daripada developer People Can Fly
Dijangka tiba pada musim panas 2020. Outriders ialah cooperative shooter yang boleh bermain daripada 1-3 pemain. Juga dihasilkan oleh studio sama yang mencipta Gears of War: Judgement, Square Enix mengelar Outriders sebagai sebuah pengembaraan di dunia gelak gelita tanpa harapan dengan misi untuk mencari sumber sebuah tanda misteri. Square Enix akan menjelaskan lebih tentang game ini pada musim sejuk tahun ini dan akan keluar di pelantat PlayStation 4, Xbox One, dan PC.
E3 2019 Square Enix: Co-op shooter terbaru Outriders membuat debut!
Oninaki akan keluar pada 22 Ogos, 2019
Game terbaru daripada Tokyo RPG Factory, dan orang sama yang menghasilkan I Am Setsuna dan Lost Sphear.
E3 2019 Square Enix: Lebih banyak diketahui tentang jalan cerita dan senjata ONINAKI!
War of The Visions ialah kesinambungan baru kepada game mobile Final Fantasy Brave Exvius
Masih di dalam development.
Final Fantasy Crystal Chronicles Remastered Edition akan keluar pada hujung tahun ini
Dengar macam delay kan, sebab asalnya awal tahun 2019 tetapi yang menariknya ialah game ini akan keluar di peranti mobile, serta Switch dan PlayStation 4.
E3 2019 Square Enix: Final Fantasy Crystal Chronicles Remastered untuk mobile!
The Last Remnant Remastered boleh didapati hari ini di Nintendo Switch
Bermula dengan keluaran di PlayStation pada hujung tahun lepas.
Square Enix Collective akan menerbit Circuit Superstars pada 2020
Sebuah game lumba automobile yang dihasilkan oleh Original Fire Games dari Vancouver dan dulu dikenali sebagai “Apex Racing League”.
Kingdom Hearts III mendapat DLC baru bernama “Re:Mind”
Juga akan keluar pada hujung tahun ini ya! Tetapi berita ini dah diumumkan beberapa hari lepas, tetapi saya saja nak ingatkan kepada anda semua yang masih tidak tahu.
@gamersantaimy
Discussion about this post