Square Enix telah menayangkan sebuah lagi trailer baru untuk Oninaki semasa persidangan media E3 2019 mereka.
Trailer ini menunjukkan sedikit gameplay, dengan lebih banyak tumpuan kepada jalan cerita dan juga beberapa senjata yang pemain boleh guna kemudian di dalam game. Warna dan visual di Oninaki sangat lawa dan indah. Tidak heranlah kerana studio di belakang penghasilan Oninaki ialah Tokyo RPG Factory. Tokyo RPG Factory juga amat terkenal dengan karya mereka di I am Setsuna dan Lost Sphear.
Oninaki berkisarkan sebuah wira yang harus menjelajah antara dunia hidup dan mati untuk menyelamatkan para roh yang hilang. Dalam perjalanan, roh-roh yang beliau selamatkan akan membantu wira di dalam pengembaraannya. Setiap roh yang berbeza akan memberi wira kebolehan yang berbeza. Ini bermaksud pemain harus menyediakan pelbagai kebolehan istimewa untuk wira agar mudah menyelesaikan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi.
Game ini asalnya diumumkan semasa Nintendo Direct yag menayangkan beberapa game indie yang akan keluar di Nintendo Switch.
Oninaki akan keluar pada 22 Ogos untuk Nintendo Switch, PlayStation 4, dan Windows PC.
@gamersantaimy
Discussion about this post