Panas dari E3 2018, Nintendo sendiri dah sahkan yang Super Smash Bros. Ultimate akan menampilkan SEMUA character daripada semua Super Smash Bros. yang pernah wujud. Ye betul la, semua..
Kalau korang nak tau, Super Smash Bros. Ultimate ni bukan upgrade dari version sebelum ni. Tapi instead game ni memang terbaru terkini terpanas yang dibuat khas untuk Nintendo Switch. Ramai dowh character..antaranya Pikachu, Sonic, Link, Cloud, Ryu, Snake dan Ridley dari Metroid pun ada..
Dah ada sebab la nak beli Switch kepada yang teragak-agak. Yang tak teruja tengok Nintendo Labo lepas tengok ni mesti terus beli tak pikir panjang. 7 Disember nanti keluar la game ni, so ada beberapa bulan lagi nak simpan duit untuk beli.
@gamersantaimy
Discussion about this post