Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Quest Smash/Grow Diumumkan Untuk Mobile, Pelancaran Global Pada 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 18, 2025
in Android, Artikel, Berita, Beta, iOS, Mobile, Roguelike
0 0
0
Dragon Quest Smash/Grow Diumumkan Untuk Mobile, Pelancaran Global Pada 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix secara rasminya telah mengumumkan Dragon Quest Smash/Grow, sebuah RPG roguelite baharu untuk peranti mobile. Game mobile ini akan membuat pelancaran di seluruh dunia untuk iOS dan Android pada tahun 2026. Peminat yang ingin mencubanya lebih awal kini boleh membuat pra-pendaftaran untuk ujian beta tertutup yang akan berlangsung pada bulan Oktober ini.

Dragon Quest Smash/Grow digambarkan sebagai sebuah ‘RPG roguelite yang intuitif dan mengujakan’ di mana pemain akan bertarung melawan gerombolan raksasa untuk menjadi lebih kuat. Mekanik gameplay utamanya melibatkan serangan terhadap musuh untuk mengisi tolok istimewa, yang kemudiannya boleh dilepaskan sebagai salah satu serangan ‘Coup de Grace’ yang ikonik dan hebat dari siri ini.

Satu ciri utama game ini ialah sistem kemajuan wataknya. Musuh yang ditewaskan akan menggugurkan ‘growth crystal’, yang membolehkan pemain mengaktifkan kemahiran rawak yang dipanggil ‘Blessings’. ‘Blessings’ ini boleh meningkatkan kebolehan serangan, pertahanan, atau penyembuhan watak, memaksa pemain untuk menyesuaikan strategi pertempuran mereka dengan situasi taktikal yang sentiasa berubah. Menurut Square Enix, ciri ini memastikan bahawa “setiap quest tidak akan pernah sama dalam pengalaman Dragon Quest yang unik ini.”

Menjelang pelancaran penuhnya, Square Enix akan mengadakan ujian beta tertutup untuk permua ini. Ujian ini dijadualkan berlangsung dari Selasa, 14 Oktober (UTC) sehingga Selasa, 21 Oktober (UTC).

Pra-pendaftaran untuk beta tertutup ini kini dibuka melalui laman web rasmi. Pemain di iOS yang berminat boleh memohon melalui TestFlight, manakala pengguna Android boleh memohon melalui Google Play. Tarikh akhir untuk pra-pendaftaran beta adalah pada hari Khamis, 2 Oktober (UTC).

Tags: BETADragon Quest Smash/Grow
ShareTweetSend
Previous Post

SEGA/ATLUS Mendedahkan Barisan Acara Tokyo Game Show 2025 Dengan Demo, Acara Pentas & Barangan Eksklusif

Next Post

Tokyo Game Show 2025 Mendedahkan Senarai Penuh Acara, Ucaptama & Kolaborasi Eksklusif

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius
Temuramah

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius

September 4, 2026
GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition
Berita

GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition

September 4, 2026
Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Next Post
Tokyo Game Show 2025 Mendedahkan Senarai Penuh Acara, Ucaptama & Kolaborasi Eksklusif

Tokyo Game Show 2025 Mendedahkan Senarai Penuh Acara, Ucaptama & Kolaborasi Eksklusif

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd