Square Enix bersama pembangun bersama TOSE mengumumkan bahawa Dragon Quest Monsters: The Withered World akan dilancarkan pada 3 Disember 2026. ‘Monster-battling’ RPG ini akan hadir ke Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Microsoft Store. Bagi pemain PC yang menggunakan Steam, mereka boleh mula bermain sehari kemudian pada 4 Disember 2026.
Dalam entri kali ini (dikenali di Jepun sebagai Dragon Quest Monsters 4), pemain akan mengikuti Bianca dan Nera, dua watak dari Dragon Quest V: Hand of the Heavenly Bride, yang kini beraksi sebagai ‘monster wrangler’ baharu.
Kisah mereka bermula apabila kedua-dua watak ini tersesat di sebuah alam misteri dikenali sebagai Kingdom of Witherwood. Selepas memperoleh kuasa sihir yang membolehkan mereka berkawan dan mengawal raksasa, mereka memulakan pengembaraan untuk mengembalikan kehidupan di tanah yang mereput itu dan memekarkan semula dunia yang layu. Peminat Dragon Quest V juga pasti gembira mendapat tahu bahawa Debora, calon pengantin ketiga daripada game tersebut, turut diacah dan bakal membuat penampilan dalam game ini.

Dragon Quest Monsters: The Withered World masih mengekalkan format gameplay klasik yang menjadi identiti siri spin-off ini selama berdekad-dekad, di samping memperkenalkan beberapa pembaharuan moden:
- Monster Scouting dan Synthesis: Pemain boleh ‘scout’ dan berkawan dengan pelbagai raksasa daripada francais ini. Setiap raksasa mempunyai atribut berbeza dan boleh mempelajari talent unik mengikut strategi combat masing-masing. Dengan menggabungkan dua raksasa menerusi sistem synthesis, pemain boleh menghasilkan baka raksasa yang lebih kuat dengan senarai moveset tersendiri.
- Teman Overworld: Tanpa mengira saiz atau jenis raksasa, semua raksasa dalam pasukan aktif akan mengekori anda secara real-time semasa meneroka dunia permainan.
- Online Multiplayer: Game ini akan menyokong sambungan dalam talian sebaik sahaja dilancarkan, membolehkan pemain menguji pasukan masing-masing menentang pemain lain di seluruh dunia. Mod online ini merangkumi perlawanan kasual sehinggalah kejohanan kompetitif yang menawarkan ganjaran eksklusif dalam game.

Pre-order sudah dibuka di semua platform, dengan pilihan Digital Deluxe Edition turut ditawarkan bagi pemain yang mahukan barangan tambahan dalam permainan.









Discussion about this post