Capcom telah mengumumkan Dragon’s Dogma II: Dark Arisen, sebuah expansion besar dan edisi lengkap untuk game action-RPG tersebut. Didedahkan dalam Nintendo Direct semalam, expansion ini akan dilancarkan pada 9 Oktober 2026 bagi PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC (melalui Steam), dan Nintendo Switch 2.
Bagi pemain di Switch 2, pelancaran ini menandakan kemunculan pertama game ini pada konsol Nintendo. Versi Switch 2 akan menggabungkan base game dan expansion tersebut sekali gus. Sementara itu, pemain yang sudah memiliki Dragon’s Dogma II di PlayStation 5, Xbox Series X|S, atau PC boleh membeli expansion “Dark Arisen” secara berasingan sebagai DLC.
Expansion Dark Arisen membawa pengembaraan ke Norgan, sebuah kawasan utara yang beku dan terbiar lama dalam kerajaan Vermund. Diliputi salji tebal dan dilanda ribut salji ekstrem, persekitaran mencabar ini memaksa pemain untuk bekerjasama dengan seorang satria misteri bernama Eir. Mereka perlu merungkai rahsia di sebalik entiti misteri, iaitu Fallen Dragon.
Antara penambahan gameplay utama dalam expansion ini adalah sistem ‘relic appraisal’, yang membawakan mekanik serupa dengan sistem “purification”. Sambil meneroka Norgan, pemain akan menemui pelbagai relic untuk mendapatkan senjata kuat, armor baharu, serta skill unik.
Selain itu, expansion ini turut memperkenalkan 12 dungeon “Lost Rites”. Dungeon khas ini merangkumi pelbagai ujian yang direka oleh Pathfinder untuk menguji kemahiran anda. Dengan menyelesaikan cabaran ini, pemain dapat memperoleh peralatan rare yang pernah digunakan oleh para Arisen terdahulu. Bagi pemain yang ingin mengubah penampilan watak masing-masing, character creator juga menerima pilihan kosmetik baharu, termasuk gaya rambut dan tatu.
Dalam beberapa bulan sebelum pelancaran expansion tersebut, Capcom akan mengeluarkan dua kemas kini percuma tapi besar untuk game asas bagi meningkatkan lagi pengalaman keseluruhan.
Kemas kini pertama, yang telah dilancarkan semalam pada 9 Jun, memfokuskan kepada penambahbaikan quality-of-life. Antara paling ketara, ia memudahkan sistem fast travel yang sebelum ini agak terhad dengan memperkenalkan “Eternal Ferrystone” yang boleh digunakan berulang kali bersama Portcrystal tambahan serta pelbagai pelarasan gameplay lain.
Kemas kini kedua pula, yang dijadualkan pada akhir Ogos, memfokuskan kepada prestasi teknikal dan sistem gameplay. Capcom menyatakan bahawa patch ini akan membawakan peningkatan frame rate, pengoptimuman pada tahap enjin permainan, serta slot tambahan untuk save slot.









Discussion about this post