Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball Z: Kakarot versi Xbox Series X|S ditunda, termasuk DLC Bardock – punca isu ralat!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 16, 2023
in Anime, ARPG, Artikel, Berita, Manga, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Dragon Ball Z: Kakarot versi Xbox Series X|S ditunda, termasuk DLC Bardock – punca isu ralat!
Share on FacebookShare on Twitter

Berita buruk buat pengguna Xbox hari ini kerana Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan bahawa Dragon Ball Z: Kakarot versi Xbox Series X|S (digital) terpaksa ditunda disebabkan oleh isu teknikal. Pada masa yang sama, DLC baharu “-BARDOCK- Alone Against Fate” dan “Season Pass 2” versi Xbox One juga terpaksa ditangguhkan oleh kerana isu ini.

Berikut adalah kenyataan rasmi oleh Bandai Namco:

Akibat daripada tingkah laku yang tidak diingini, pelanggan yang mempunyai DRAGON BALL Z: KAKAROT versi Xbox One pada konsol Xbox Series X|S mengalami isu di mana DRAGON BALL Z: KAKAROT versi Xbox Series X|S  dimuat turun secara automatik, dan permainan tidak boleh maju.

Isu ini hanya berlaku untuk pelanggan yang bermain DRAGON BALL Z: KAKAROT versi Xbox One  pada konsol Xbox Series X|S dan tidak berlaku untuk mereka yang bermain permainan menggunakan konsol Xbox One. Kami juga telah mengesahkan bahawa save data yang dibuat pada KAKAROT versi Xbox One  tidak akan terjejas atau dipadamkan.

Kami sedang menyiasat punca terperinci tentang isu dan kemungkinan langkah balas, tetapi sehingga kami membuat pengesahan lanjut mengenai perkara ini, kami meminta pelanggan untuk menahan diri daripada bermain permainan sehingga masalah itu diselesaikan. Pengumuman akan dibuat sebaik sahaja keadaan disahkan.

Maka, itulah pesanan daripada Bandai Namco.

Buat pemilik PlayStation 5 dan PlayStation 4, game ini masih boleh dimainkan dengan lancar. DLC baharu “-BARDOCK- Alone Against Fate” dan “Season Pass 2”, untuk PS5, PS4, Nintendo Switch dan PC (STEAM) juga boleh dimainkan dengan lancar dan tersedia sejak 13 Januari 2023.

Moga-moga, Bandai Namco dapat betulkan isu ini secepat mungkin untuk pengguna Xbox.


Untuk membaca segala liputan kami tentang Dragon Ball Z: Kakarot termasuk review, sila tekan pautan ini.

Tags: DLCDragon Ball Z: Kakarotxbox
Previous Post

Manga Isekai baru mempunyai “tajuk paling panjang di dunia” – boleh jadi sinopsis!

Next Post

Keputusan pertengahan NaruTOP99 didedahkan: #1Minato #2Itachi #3Sakura

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Keputusan pertengahan NaruTOP99 didedahkan: #1Minato #2Itachi #3Sakura

Keputusan pertengahan NaruTOP99 didedahkan: #1Minato #2Itachi #3Sakura

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd