Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Dragon Ball: Sparking! ZERO Rasmi Akan Datang Pada 11 Oktober – Info Setiap Edisi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2024
in Artikel, Berita, Fighting, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Dragon Ball: Sparking! ZERO Rasmi Akan Datang Pada 11 Oktober – Info Setiap Edisi!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan semasa Summer Game Fest baru-baru ini, Bandai Namco dan Spike Chunsoft mendedahkan bahawa Dragon Ball: Sparking! ZERO rasmi akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam pada 11 Oktober 2024.

Bersama pengumuman ini, mereka turut mengeluarkan trailer baharu dan turut membuka pre-order untuk game ini.

Tentang Game Ini

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Dibangunkan oleh Spike Chunsoft, terkenal dengan kerja mereka untuk game Dragon Ball Z lama seperti Budokai Tenkaichi, Dragon Ball: Sparking! ZERO membolehkan pemain mengalami pertempuran epik bersama watak legenda daripada siri ini.

Episode Battle membenarkan pemain memilih salah satu daripada lapan watak dan menghidupkan semula detik-detik pertempuran penting dalam saga Dragon Ball. Custom Battle memperkenalkan elemen baharu untuk mengalami Dragon Ball di mana pemain boleh mencuba perlawanan yang dibayangkan oleh pembangun atau mencipta situasi pertempuran sendiri dan berkongsi dengan dunia.

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Trailer baharu turut mendedahkan penambahan baharu pada senarai playable character dengan Goku (Super), Ultra Instinct, Gohan (Dewasa), Super Saiyan 2, Golden Frieza, Bardock, Raditz, Goku Black, Zamasu dan Jiren, Full Power.

Pre-Order

Selain Standard Edition, Dragon Ball: Sparking! ZERO tersedia dalam edisi berikut:

Kredit: Bandai Namco Entertainment
  • Edisi Digital Deluxe yang merangkumi Edisi Standard, tiga hari akses awal kepada game dan Season Pass, yang mengandungi lebih daripada 20 watak termasuk watak daripada Dragon Ball Super: Super Hero dan Dragon Ball Daima serta Shenron Summon yang boleh membuka item. Akses awal kepada watak DLC turut disertakan.
  • Edisi Digital Ultimate mengandungi kandungan Edisi Deluxe serta Ultimate Upgrade Pack yang merangkumi Kostum Goku (Super) dengan Power Pole, Set Emote Voice, satu item Customisation dan dua player card background. Edisi ini juga termasuk Super Shenron untuk membuka item atau watak.
  • Edisi Collector’s termasuk kandungan daripada Edisi Digital Ultimate bersama dengan diorama eksklusif Dragon Ball: Sparking! ZERO dan Metallic Bookmark.
  • Edisi Premium Collector’s, tersedia secara eksklusif di Bandai Namco Store, termasuk semua kandungan Edisi Collector’s serta SteelBook dan empat kad eksklusif daripada Dragon Ball Super Card Game Fusion Worlds.
Kredit: Bandai Namco Entertainment

Untuk pre-order, anda boleh tekan di SINI!

Tags: Dragon Ball: Sparking! ZeroPre-Order
ShareTweetSend
Previous Post

Black Myth: Wukong Buka Pre-Order Sekarang, Versi Xbox Series Ditunda Ke Tarikh Lain

Next Post

Pengalaman Kami Di ATLUS FES – Acara Idaman Setiap Peminat Game ATLUS!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Pengalaman Kami Di ATLUS FES – Acara Idaman Setiap Peminat Game ATLUS!

Pengalaman Kami Di ATLUS FES – Acara Idaman Setiap Peminat Game ATLUS!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd